Archive for September 2006

h1

phpLDAPadmin (0.9.8.3) installation

September 28, 2006

phpLDAPadmin, adalah satu tools yang akan memudah kan kita untuk berinteraksi ataupun untuk meyelenggara LDAP system (seperti, adduser, delete users, create group . . .) phpLDAPadmin adalah web based tools, digunakan bersama dengan IE ataupun Firefox browser.

FYI, ada banyak lagi LDAP tools yang lain, tapi bagi saya phpLDAPadmin adalah yang paling sesuai dan mudah digunakan.

1. Download phpLDAPadmin (phpldapadmin-0.9.8.3.tar.gz), kalau ada latest version, anda disyorkan untuk download latest version.

2. Pastikan server telahpun di-install dengan Web Server (check out webserver section untuk cara-cara menginstall Apache Web server)

3. Cari / locate folder htdocs / html, selalu nyer folder ini boleh di-jumpai di /var/www/html

4. Untar file phpldapadmin-0.9.8.3.zip in /var/www/html

#cd /var/www/html

#tar -zxvf phpldapadmin-0.9.8.3.tar.gz

5. Folder nama phpldapadmin-0.9.8.3 akan di create di /var/www/html.

6. Seelok-elok di-rename kan folder nie. Saya akan rename folder ini sebagai ldap
#mv phpldapadmin-0.9.8.3 ldap

7. Try browse guna IE atau Firefox http://server.ip.address/ldap .Satu welcome screen akan appear.

8. Sebelum kita actually boleh lihat object-object ldap/ login ker ldap menggunankan phpldapadmin, sedikit configuration perlu dibuat . . .

#cd /var/www/html/ldap/config

#cp config.php.example config.php

#vi config.php

Didalam file itu ada di-nyatakan butiran yang perlu di edit, antara yang perlu di edit . . .

$ldapservers->SetValue($i,’server’,’name’,’My LDAP Server’); –> tukarkan MY LDAP Server kepada nama LDAP server anda, contoh: dc=taufik,dc=com,dc=my

$ldapservers->SetValue($i,’server’,’host’,’127.0.0.1′); –> field ini hendaklah di uncommented kan

$ldapservers->SetValue($i,’server’,’base’,array(”)); –> isi ruangan array(”) dengan nama ldap server anda, contoh: array(‘dc=taufik,dc=com,dc=my’)

Ini adalah basic configuration untuk menggunakan phpLDAPadmin. Sekarang browse http://server.ip.address/ldap dan anda sepatut nya boleh login menggunakan CN=Manager.

http://phpldapadmin.sourceforge.net/download.php

h1

HP Laserjet 1320n

September 27, 2006

This particular printer memang takder front panel, so memang susah sikit lah nak troubleshoot, anyway kalau nak reset the network for this particular printer please follow this instructions, contents diambil dari HP support website


“To print a network configuration page, press the network Reset button located on the back of the printer.

On the Network Configuration page, check to see if a non-zero IP address is assigned to the printer. If the Network Configuration page does not have a valid, non-zero IP address, reset the Internal HP Jetdirect print server to the factory defaults.

To cold reset the Internal HP Jetdirect print server, turn off the printer. While pressing the Reset button on the back of the printer, turn on the printer. Continue to press the Reset button until the printer is in the Ready state (from 5 to 30 seconds). Two minutes after the printer reaches the Ready state, print another Network Configuration page, and check to see if a valid IP address is assigned to the printer. If the IP address is still zeros, Contact HP support.”

So, dah reset printer IP? kalau dah, print the printer network configuration press the network Reset button located on the back of the printer”

Dari sini kita dapat tahu details of the printer setting, seperti, IP address, hostname, MAC address & dll. Bila kita dah tahu IP printer ni, kita boleh troubleshoot or configure seterusnyer secara web based. Misal kata IP printer ini adalah 192.168.1.200 so untuk access printer web configuration, bukak IE atau firefox, dekat url section type http://192.168.1.200.

h1

Ramadhan Terakhir?

September 27, 2006

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan…sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia…meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAHDILAKUKAN

(kandungan ini was fowarded to me, renung-renungkan lah . . .)

h1

8:30am Wednesday

September 27, 2006

Baru jer duduk atas kerusi empuk kat cubical aku nie, dah ada yang mintak tolong pasal network. Kebetulan pagi tuh memang takder orang lagi, aku, member ofis aku dan bos aku jer yang datang kul 8:30am.

Berat hati dan malas jugak sebenar nyer nak gie attend users problem nie, memang dah bertahun tahun dah aku tak gie attend users problem. Entah macam mana, tiba-tiba jadi sanggup pulak nak gie attend problem dia orang hari ini.

Mula-mula printer problem, ada ip conflict, aku pun tak tahulah macam mana printer kat sini selalu conflict. Kita orang ada 3 HP printer pakai HP Jet Direct, dalam sebulan tuh at least mesti sekali conflict punyer. IP dah set sebagai static, hostname pun lain, any idea??

Lepas sattle printer tuh, ada nak kena transfer data from a notebook to PC, nasib baik 10MB ajer :).

Then ada computer crash plulak nak kena troubleshoot, lepas diagnose tuh, rasa rasa computer nie nak kena install balik OS dia nie, OS dah corrupted. Aku pun ambik lah pc tuh bawak turun ke tempat aku nak install OS ptg ptg karang. Lepas tuh tiba tiba ada user lain plak cakap pc tuh tak leh format lagi, sebab nak backup and restore email dia kat pc baru dia. Terpaksa lah aku slave kan hard disk yang OS dah corrupted tuh dalam PC baru dia and restore email dia semua. nasib baik hard disk ok.

Check out kat teknikal section untuk cara-cara nak backup and restore email from Outlook Express (aku akan update nanti)

Begitulah pagi rabu aku . . .

h1

Samba + Ldap Installation

September 26, 2006

Dah berminggu minggu aku menelaah benda nie, nak revamp NT4 domain controller to samba + ldap. Sebenar nya tak lah susah sangat, untuk basic installation memang senang, tapi bila dah nak buat migration from NT4 dan nak kena tweak sana sini untuk diserasi kan dengan network office aku, itu yang buat susah and kelam kabut. Dibawah nie di sertakan step step on basic installtion . . .

1. Install Linux OS (aku install Centos 4.3), pastikan Openldap server & Samba server di-install sekali.

2. Download samba installer from …

http://web.vcs.u52.k12.me.us/linux/smbldap/smbldap-installer-1.2.1.tgz

3. Alternativley, boleh download pakai wget command from linux machine.
#wget http://web.vcs.u52.k12.me.us/linux/smbldap/smbldap-installer-1.2.1.tgz

4. Installation

#cd /tmp

#tar -zxvf smbldap-installer-1.2.1.tgz

#cd smbldap-installer

Kalau boleh baca dulu README file, sebelum proceed dengan installation.

#./smb-ldap.pl

an installation script will be running, just follow the instruction. Macam kes aku, aku install Linux Centos, tapi installtion script ni hanya kenal fedora-core-3 / k12ltsp-4.2. Kalau kita install a redhat version / other redhat versions of linux, pilih ajer fedore-core-3. (tapi blum terjamin akan success, sebab ada banyak RPM lain yang kena install, tapi jangan risau mesti boleh punyer :)).

Installer nie akan check for all required RPM yang diperlukan, kalau takder the installer will ask for an OS insllation CD (which is fedora CD lah), kalau you install fedora just proceed with the instllation scripts. Kalau tak abort dulu script tuh (press CTRL+C).

#cd /tmp/smbldap-installer/rpms

Dalam ni ada semua required RPMs, just install all the required rpm only, use . . .

#rpm -ivh <rpm file>

Bila dah selesai install semua RPM yang diperlukan, run balik #./smb-ldap.pl

5. Check Instllation

#ps -ef | grep smb

#ps -ef | grep ldap

6. To be continue (in phpLDAPadmin – 0.9.8.3 installation)

h1

15min to KL-Sentral

September 26, 2006

Intresting that aku sempat jugak sampai ke KL-Sentral from Kepong, Manjalara at 7:10am. Bertolak lebih kurang dalam 6:55am, lalu LDP highway, nie jem sikit lah sebelum sampai tol. Kalau ikutkan lalu segambut dekat, tapi segambut at 7am memang dah jem dah, itu yang guna LDP tuh, lepas tuh naik Penchala Link. Lepas Penchala Link nie traffic dah smooth dah, aku sampai Penchala Link dalam 7:05am.

The best part, aku drive kereta iswara aku 1.3 yang sedikit uzur lah and alhamdulillah kereta aku nie banyak membantu aku sampai ke destinasi aku. Kepada kereta aku, kalau dia dapat membaca blog nie :), jangan risau minggu depan kita gie service ok …

h1

Ramadhan kembali

September 24, 2006

Bulan Ramadhan kembali, satu bulan yang teramat mulia penuh dengan kurniaan rahmat ALLAH. Pintu syurga dibuka dan segala pintu neraka di tutup. Rugi lah kita kalau kita tidak mengejar segala rahmat yang diberikakan pada bulan ini.

Semalam saya pergi berterawih di masjid dekat dengan UM (Universiti Malaysia) terperanjat jugak selapas 4 rakaat terawih ada tazkirah. Mula-mula tuh memberontak jugak lah, maklumlah niat nak buat 8 rakaat ajer. yerlah nak habis awal. 5minit mendengar tazkirah, hati mula tertawan, hati ini mula merasa kebenaran yang dikatakan oleh ustaz, sedikit sebanyak telah menginsafkan saya. adakah ini rahmat ALLAH? membuat saya terus berada di masjid itu mendengar tazkirah dan menunaikan sunat terawih saya …

Antara kata-kata ustaz itu, bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, bulan diturunkan Al` Quran, sama sama lah kita memuliakan Al` Quran, membaca dan memahami nya, memperbanyakkan sedekah (sensungguh nyer memeberi makan bagi orang yang berpuasa dengan sebiji buah kurma adalah tersangat mulia) . Gunakan masa semasa berpuasa dengan kegiatan yang positive, jangan banyakan tido. Banyak kan doa, dan doakan lah juga untuk kesejahteraan umat islam, sesungguh nya doa di bulan ramadhan akan mudah dimakbulkan …