Archive for the ‘Impian’ Category

h1

5 petang

Mei 2, 2007

Pukul 4:30 ptg, aku dok membaca surat khabar semalam yang telah lama ditinggal orang di Lapangan Terbang Kelantan (lupa ah nama betul dia). Tunggu flight Airasia aku, tak kunjung tiba lagi. Kebetulan masa tu, flight MAS blum berlepas lagi. Tourist pun ramai, yang best nya ramai tourist perempuan, cun cun jugak ๐Ÿ™‚

Flight aku sepatutnya bertolak pukul 5ptg, macam biasa dia ada delay sikit, 5.30ptg baru bertolak. Sempat habis aku baca surat khabar NST semalam hari ni.

Yang aku nak cerita nya pasal pemandangan dari atas, kebetulan petang tadi cuaca memang clear teramat. 5minit sebelum flight aku landing, kitorang boleh nampak bandar KL lengang, kosong sekosong kosong nya. Rasa macam best ajer, aman ajer tengok KL yang tak sesak dari udara. Takder kereta langsung, macam tak percaya ajer aku.

Diikuti oleh pemandangan KLCC yang tersergam indah, Menara KL, kemudian Menara Maybank, Menara Rebung pun nampak gak. Kalau kamera aku boleh ON, memang dah lama aku ambik gambar post dalam blog nie.

Anyway, orang Kota Bharu kirim salam kat semua . . .

h1

Selamat Hari Pekerje

Mei 2, 2007

1 May tiap tiap tahun pasti tidak terlepas untuk kita meyambut hari perkerje. Tahun nie hari pekerje di sambut dengan penuh keriangan. Maklumlah, dapat cuti berlebih lebihan.

Ada yang cuti dari hari “Pertabalan Raja” sampai lah hari nie. Itu dah 7 hari cuti babe, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu. Wah best sungguh!

Esok dah kerje, memang kebiasaan aku, kalau dah cuti panjang panjang macam nie susah nak gie kerje. Tapi nak buat macam mana? Mesti banyak kerje yang menunggu aku kat office tuh.

Kepada semua perkerje-pekerje yang berkerje, Selamat Hari Pekerja, semoga dalam cuti yang dibagi nie dapat lah kita rilex rilex kan minda. . . .

h1

UNIX csh responses :)

April 3, 2007

Found this at http://courses.cs.vt.edu/~cs2204/summer2003/notes/More-Unix.html

Actual UNIX csh responses (system dependent)

% “How poorly would you rate the UNIX user interface?
Unmatched “.

% rm congressional-ethics
rm: congressional-ethics nonexistent

% [Where is Jimmy Hoffa?
Missing ].

% ^How did the sexย  change^ operation go?
Modifier failed.

% make love
Make: don’t know how to make love. Stop.

% got a light?
No match.

%man: why did you get a divorce?
man: Too many arguments.

% ^What is saccharine?
Bad substitute.

$ drink <bottle; opener
bottle: cannot open
opener: not found

(#I’m Back)

h1

Stressed

Januari 11, 2007

Minggu ni aku berasa amat stress. Banyak sangat kerje yang perlu dibuat. Kerje kat ofis, kat rumah dan kerje kerje lain yang perlu dibereskan.

Last weekend, kena attend krusus. Habis hari sabtu and ahad aku occupy untuk krusus tu. Itu pasal kot aku stressed, sebab tak dapat rest yang cukup weekend lalu.

h1

Welcome 2007

Januari 3, 2007

3 Jan 2007, Rasa macam tak percaya dah masuk 2007. Aku harap 2007 akan menjadi tahun yang yang baik untuk Aku. Anyway to ALL, Salam Hari Raya AidilAdha & Selamat Tahun Baru. Semoga Tahun baru ini akan memberi segala kesenangan yang diimpikan.

h1

Haji

Disember 21, 2006

Hari ni jugak abang Aku dan wife dia berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji. Masa masa nie ajer lah yang kita dapat tengok betapa sibuk nyer kawasan Kelana Jaya dekat Kompleks Tabung Haji tu. Memang ramai . . .

To abang Aku, wife dia and jemaah dia, semoga selamat pergi dan selamat pulang, semoga selamat apabila menetap disana dan semoga ALLAH menerima segala amal ibadat yang di lakukan disana. InsyaALLAH.

Aku berasa sedih bila bersalaman dan berpelukan dengan Abang Aku.

h1

Jakarta here I come

Disember 21, 2006

Rasa nya dah lama Aku tak bercuti cuti. The last time Aku bercuti tahun 2004, masa tuh gie ronda Singapura. This time nak ker Jakarta and Bandung pulak, hehehe nak shopping sakan nie. Orang kat Malaysia tengah sibuk shopping kat sini (YES) Year End Sale, Aku sibuk nak bershopping kat Bandung ๐Ÿ™‚

Trip ni Aku dah plan awal tahun lagi. Tapi masa tuh belum ada kepastian nak pergi. Aku betul betul decide confirm nak pergi dalamย  masa 2 bulan lepas. Dan dalam 2 minggu lepas Aku dan member aku dok sibuk nak cari hotel, kereta sewa dan tiket kapal terbang. Memang penat lah buat kerje nie. A big thank you to member Aku nie sebab telah bertungkus lumus untuk menyediakan segala apa yang perlu untuk percutian ini.

Flight aku akan berlepas pukul 7am ni, Aku pun baru jer habis packing. Kalau ikut kan boss Aku kat ofis, memang tak cuti Aku nie. Sebab esok ada banyak kerje and meeting meeting penting yang nak kena attend. To my boss, sorry lah, Aku tak boleh cancel dah trip nie. everything dah planned.

Ok lah guys, nanti balik from Jakarta and Bandung, Aku kasi full story ๐Ÿ™‚ (kalau Aku sempat ๐Ÿ™‚ )