Arkib bagi Kategori ‘Kesihatan’

h1

Pemakanan pesakit gout

Februari 19, 2008

Anda ada masaalah GOUT? ikuti kisah dibawah ini dari article yang telah difwdkan kepada saya …
Dr. Pakar,
SAYA Hafis, berumur 24 tahun dan disahkan menghidapi penyakit gout. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang pemakanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan oleh pesakit gout. Seperti yang saya tahu, pesakit gout tidak boleh mengambil makanan berdaging dan sayuran hijau.

Saya pernah diberitahu oleh doktor bahawa saya boleh memakan telur ayam dan ikan. Tapi, seperti yang saya tahu kedua-duanya adalah sumber protein kepada badan. Jadi adakah ini bermakna kedua-dua makanan tersebut juga akan turut meningkatkan paras asid urik dalam badan saya?

Saya juga diberitahu bahawa saya tidak lagi boleh memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kekacang. Jadi saya ingin tahu, makanan apakah yang saya patut ambil untuk menggantikan nutrien yang terdapat di dalam sayuran tersebut kerana saya tidak boleh lagi memakan sayuran.

Oleh itu, saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang diet pemakanan yang harus saya ambil agar saya dapat mengurangkan paras asid urik dan mengatasi masalah gout. Bagaimana pula dengan ulam-ulaman seperti petai dan sebagainya? Adakah ulam-ulaman juga termasuk di dalam kategori sayur-sayuran yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout?

Adakah saya tidak boleh langsung memakan makanan tersebut? Bagaimana pula dengan makanan seperti buah-buahan dan makanan berasaskan bijirin serta yang berasaskan susu? Adakah ia juga boleh memberi sebarang kesan kepada penyakit gout? Terima kasih.

– Hafis
Hafis,
Penyakit gout ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan yang mana produksinya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin berprotein tinggi.

Contohnya, makanan laut (udang, ketam, sotong, dan sebagainya) dan daging merah seperti daging lembu dan kambing disertakan juga dengan gangguan pada perkumuhan asid urik dari badan, mengakibatkan penyakit gout atau berlebihan asid urik dalam badan.

Tidak kesemua makanan yang berprotein meninggikan risiko gout seperti ikan dan telur ayam, akan tetapi harus diingat bahawa gout menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.

Terdapat kajian yang menunjukkan seseorang yang makan daging merah secara berlebihan meninggikan risiko mendapat gout pada kadar 40 peratus dan bagi mereka yang mengambil makanan laut berlebihan (selain ikan) risikonya meningkat kepada 50 peratus untuk mendapat gout.

Dalam kajian yang sama juga menunjukkan pengambilan sayur-sayuran seperti kekacang termasuk kacang pis, bunga kubis, bayam dan cendawan tiada kaitan dengan risiko mendapat gout dan tiada kontraindikasi untuk mengambil susu rendah lemak oleh pesakit gout.

Secara lanjut berkenaan diet gout, berjumpalah dengan pakar dietetik yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

Selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil purin berprotein tinggi seperti yang telah disebutkan di atas secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan dan pesakit juga dinasihatkan agar meminum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik asid dari badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.

Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan/dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak, dan purin adalah penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang rawatan gout, silalah berjumpa dengan pakar perubatan anda dan berbincang dengan pakar dietetik mengenai diet yang sesuai untuk pesakit gout.

- Jawapan disediakan oleh Pakar Bedah Ortopedik dan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMSC), Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar

h1

Kesihatan Otak

November 16, 2006

Berikut adalah cara-cara yang berkesan untuk menjaga Kesihatan Otak. Secara peribadi aku pun tidak tahu keberkesana nya, tetapi secara logik aku rasa ianya memang sesuai . . .

1.  Jangan skip sarapan. Apabila kita tidak bersarapan, kita akan mempunyai “lower blood sugar level”. Apabila ini berlaku, ianya akan menjejaskan perjalanan zat makanan (nutrients) ke otak, dan otak kita akan menjadi kurang active.

2.  Makan terlalu banyak dan berlebihan. Ini akan menyebabkan sesalur  darah otak mengeras sterusnya akan membuatkan kekuasan mental kita merosot. Sejak masuk bukan syawal nie, aku sendiri pun makan teramatlah banyak, maklumlah banyak open house :) . Dan memang terasa malas sikit.

3. Hisap rokok. Akan mengecutkan otak.

4. Pengambilan gula berlebihan. Ini akan menggangu proses menyerapan zat makanan dan protien dan akan menyebabkan “malnutrition” (kekurangan makanan / kukurangan zat makanan) seterusnyan akan menggangu pembagunan dan perkembangan orak kita.

5. Pencemaran udara. Otak kita adalah pengguna oksigen yang banyak. Apabila kita menghidu udara yang tercemar otak akan kekurangan oksigen dan tahap ke-efficiency otak kita akan merosot.

6. Kurang tidur. Tidur yang cukup akan memberi masa yang cukup untuk otak kita berehat. Apabila kita selalu kurang tidur ini mempercepatkan  sel-sel otak kita mati.

7. Tidur menutup kepala. Ini akan menaikan tahap karbon dioksida dan mengurangkan tahap oksigen.

8. Penggunaan otak ketika sakit. Apabila kita berkerja ataupun membuat ulangkaji diwaktu kita demam ataupun sakit, ini akan mengurangkan ke-efficiency otak.

9. Kekurangan berfikir. Befikir merupakan satu cara yang paling efective untuk melatih otak kita. Apabila kita kurang berfikir, ini akan menyebabkan otak kita mengecut.

10. Kekerapan bercakap. Apabila bercakap benda-benda yang baik dan meyampaikan idea idea yang bernas kita sebenarnya akan membagunkan atau mendevelop otak kita dengan lebih effective.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.