Archive for November 2006

h1

Sinar Cahaya Ayat Kursi

November 29, 2006

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi pabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan  mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

h1

Peluk isteri 10 saat

November 21, 2006

Khas utk suami2… Siapa ada suami, boleh forward kepada mereka. Peluk isteri 10 saat, panjang umur lima tahun Oleh Rohani Ibrahim.

PETALING JAYA 16 Julai – Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima
tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata . . .

Fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara
sentuhan dan tahap kesihatan “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh“.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah, katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan
memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh
peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

h1

Single boot access to change password

November 18, 2006

Berikut adalah cara cara untuk access FreeBSD os in single level mode access unutk menukar root password.

1. reboot OS, dan pilih option 4 (single user mode) 

2. Accept default option bila di tanya “pathname of shell or Return for /bin/sh:”

3. Kena remount root directory untuk write mode

# mount -u /

# mount -a

4. Tukar password root dengan command . . .

# passwd

5. Reboot . . .

# sync

# reboot

h1

Spam filter for thunderbird email client

November 17, 2006

Semalam aku ada terbaca pasal “Linux Magazine Choice Award”, kalau tak silap aku ada dalam 56 listed best choices. Salah satu yang menarik perhatian aku adalah Spamato4Thunderbird 0.99.

Mengikut review yang telah diberikan oleh Linux Magazine, ianya amat mudah digunakan dan amat berkesan untuk melawan SPAM. Tetapi review dan comment yang sebaliknya telah diberikan oleh para pengguna Spamato4Thunderbird 0.99 di website Spamato4Thunderbird 0.99.

Bila dah dapat dua review dan comment yang amat berbeza, aku mula muncurigai apa yang telah ditulis ok Linux Magazine. Maklum lah user Spamato4Thunderbird 0.99 mengatakan yang ianya adalah satu Add-on yang amah susah untuk diinstall dan amat payah untuk diconfigure. Ada juga yang megatakan bahawa ada lagi Add-on yang lebih senang dan pratical untuk digunakan kan (tetapi tidak ada pulak dia mention nama software tu) . . .

Hmm, alang-alang dah sampai kat website nie, baik aku donwload, install dan try ajer lah kan!. Belum cuba blum tahu babe! Untuk menginstall benda ni, sila ikut cara cara yang telag disyorkan di Spamato4Thunderbird 0.99, bawah sikit ada “How to install in thunderbird”.

Secara peribadi, install benda nie memang mudah, click ajer, and ikut lah sedikit sebanyak instruction yang telah diberikan. Selepas Thunderbird di-restart anda akan ditanya pasal email anda, default answer will be best. Dan mungkin akan menjumpai satu atau dua error yang aku rasa boleh diabaikan. (tak ingat error apa dah).

Click pada “tools –> spamato –> check for spam now”, spamato akan mula berkerja dan beroperasi untuk membasmi SPAM. Spamato4Thunderbird 0.99 akan mengasingkan segala SPAM email ke dalam folder spamato.

Dalam masa satu jam aku guna apps nie dah 14 email detected sebagai SPAM dan telah diasingkan ke spamato folder. Sungguh mudah dan amat berkesan. Oh yer, default config Spamato4Thunderbird 0.99 sudah cukup untuk melawan SPAM. Setakat ni, aku belum ubah apa apa config lagi.

h1

System Admin in Commerce Dot Com

November 17, 2006

Commerce Dot Com (lebih dikenali dengan CDC), syarikat bumiputra yang telah berjaya memajukan sebahagia dari satu MSC flagship penting bagi pihak kerajaan, iaitu ePerolehan bagi Electronic Goverment. CDC telah beroperasi sejak 1999, dan  sehingga kini telah berjaya memajukan system ePerolehan dengan lebih stabil dan selamat.

CDC memerlukan tenaga pekerja baru seperti berikut . . .

1. System Administrator. Degree didalam mana-mana IT field. Berpegalaman di dalam Linux OS, berpegetahuan didalam Windows OS.

2. Computer Operator. Diploma didalam mana-mana IT field. Berpegalaman didalam PC troubleshooting dan Windows OS, berpegetahuan didalam LAN network troubleshooting.

Kepada mereka yang berminat sila hantar resume kepada saya di amd.taufik{at}gmail.com

h1

Kesihatan Otak

November 16, 2006

Berikut adalah cara-cara yang berkesan untuk menjaga Kesihatan Otak. Secara peribadi aku pun tidak tahu keberkesana nya, tetapi secara logik aku rasa ianya memang sesuai . . .

1.  Jangan skip sarapan. Apabila kita tidak bersarapan, kita akan mempunyai “lower blood sugar level”. Apabila ini berlaku, ianya akan menjejaskan perjalanan zat makanan (nutrients) ke otak, dan otak kita akan menjadi kurang active.

2.  Makan terlalu banyak dan berlebihan. Ini akan menyebabkan sesalur  darah otak mengeras sterusnya akan membuatkan kekuasan mental kita merosot. Sejak masuk bukan syawal nie, aku sendiri pun makan teramatlah banyak, maklumlah banyak open house 🙂 . Dan memang terasa malas sikit.

3. Hisap rokok. Akan mengecutkan otak.

4. Pengambilan gula berlebihan. Ini akan menggangu proses menyerapan zat makanan dan protien dan akan menyebabkan “malnutrition” (kekurangan makanan / kukurangan zat makanan) seterusnyan akan menggangu pembagunan dan perkembangan orak kita.

5. Pencemaran udara. Otak kita adalah pengguna oksigen yang banyak. Apabila kita menghidu udara yang tercemar otak akan kekurangan oksigen dan tahap ke-efficiency otak kita akan merosot.

6. Kurang tidur. Tidur yang cukup akan memberi masa yang cukup untuk otak kita berehat. Apabila kita selalu kurang tidur ini mempercepatkan  sel-sel otak kita mati.

7. Tidur menutup kepala. Ini akan menaikan tahap karbon dioksida dan mengurangkan tahap oksigen.

8. Penggunaan otak ketika sakit. Apabila kita berkerja ataupun membuat ulangkaji diwaktu kita demam ataupun sakit, ini akan mengurangkan ke-efficiency otak.

9. Kekurangan berfikir. Befikir merupakan satu cara yang paling efective untuk melatih otak kita. Apabila kita kurang berfikir, ini akan menyebabkan otak kita mengecut.

10. Kekerapan bercakap. Apabila bercakap benda-benda yang baik dan meyampaikan idea idea yang bernas kita sebenarnya akan membagunkan atau mendevelop otak kita dengan lebih effective.

h1

Meter persegi

November 15, 2006

Berikut adalah nilai dan ukuran bagi 1 meter persegi

0.000,001  kilometer persegi (km²)
10,000  sentimeter persegi (cm²)
0.0001  hektar
0.000,247,105,381  ekar
1.195,990  ela persegi
10.763,911  kaki persegi
1,550.003,1  inci persegi