Archive for the ‘Wayang Kita’ Category

h1

Ciplak the movie

Disember 7, 2006

Ciplak the movie, diarah, ditulis, dilakonkan dan diterbitkan oleh Khairil M Bahar. Kamu kenal? Saya pun tak kenal. Beberapa minggu sebelum ni ada saya terbaca pasal pembikinan filem ini dalam The Star. Anyway for more information masuk ajer ke www.ciplakmovie.com

Apa yang menarik megenai wayang ini?

Filem ini adalah filem independent movie,  dimana pengarah telah berusaha menghasil filem ini degan hasil  titik peluh sendiri, duit sendiri, dan para pelakon dari kawan kawan sendiri. Aku memang suka jenis jenis independent movie ni. Tapi buat masa ni aku belum lagi menonton filem ni.

FYI, filem ini hanya ditayangkan di GSC Midvalley dan GSC 1Utama. Harap-harap filem ni still ada dipanggung lah bila aku ada masa nak menonton.

Kepada Khairil M Bahar, tahniah kerana berjaya menghasilkan satu filem yang telah lama diimpikan.

h1

Cinta

Disember 3, 2006

Filem Cinta telah ditayangkan di seluruh panggung wayang Malaysia pada 30/11/2007. Promosi yang dibuat amat berkesan, dan telah mendapat liputan yang meluas dari pelbagai pihak media. Sehingga kan ibu saya pun berminat hendak ke panggung wayang unutk menonton filem Cinta ini.

Semalam, saya dan kawan saya telah menonton filem Cinta ini. Kami membeli tiket untuk menonton pukul 7mlm (time maghrib nie). Selalu nya filem di panggung akan start lambat 10min atau 15min, so sempat lah nak sembahyang maghrib. Pukul 7:20mlm baru masuk panggung, memang terlepas lah 5min adengan awal. Panggung tu memang full house, aku dan member aku ajer yang paling lambat.

Filem Cinta ini biasa sahaja, tetapi menarik. Ianya memang penuh dengan Cinta. Cinta seorang kekasih kepada kekasihnya, cinta seorang kakak kepada adiknya, cinta seorang ayah kepada anaknya dan vice versa. Aku memang tertarik melihat cerita ini, terutama sekali megenai cinta seorang ayah kepada anaknya (Harris & Lis), sungguh menarik! Satu perasaan yang belum pernah aku rasai sendiri. (ini yang buat aku nak cepat cepat kahwin nie, nak merasai cinta antara ayah dan anak . . . indahnya!)

Jalan cerita nya telah diolah dengan begitu baik sekali, satu cerita yang smooth. Walaupun  aku tidak menitis kan air mata, tetapi cerita ini telah berjaya membuat aku betul betul menghayati nya.