Archive for Oktober 2006

h1

Khasiat surah surah Al’Quran

Oktober 31, 2006

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.

SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ
Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.

SURAH AL-IKHLAS
Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya. Dan sesiapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

h1

Rahsia Tarikh Lahir

Oktober 31, 2006

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ‘setaraf’ juga.

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan ‘last minutes’.

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya…. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di sampingnya.

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!

h1

IP Address Shutdown

Oktober 30, 2006

#ifdown eth0

Command diatas akan memberhentikan segala activity keatas network device eth0. Ia nya sama seperti mencabut network cable.

#ifup eth0

Command ini akan mengaktifkan semula network device eth0

h1

IP Address (2)

Oktober 30, 2006

Cara ini agak rumit dan remeh sedikit

1. Kena tahu kita punya network device

#ifconfig -a

selalu nya, didalam Linux system eth0 adalah network device yang pertama, diikuti oleh eth1, eth2, eth3 . . ., seterusnya.

2. Command yang tertera dibawah akan menukarkan kepada IP Address yang baru

#ifconfig eth0 inet <ip.address.baru> netmaskĀ  <ip.address.netmask>

contoh: ifconfig eth0 192.168.10.41 netmask 255.255.255.0

Note: cara ini hanya untuk kegunaan sementara sahaja, ada beberapa files yang perlu di-editkan untuk membuat IP Address ini permanent.

3. Edit config files

#vi /etc/sysconfig/network-scripts/ifcfg-eth0 (jika eth0)

#vi /etc/hosts

h1

IP Address (1)

Oktober 30, 2006

Untuk menukar IP Address didalam Linux system, cara yang paling mudah adalah menggunakan command …

#netconfig

netconfig command

Seterusnya, kena restart network services untuk mengaktifkan IP Address baru.

#/etc/init.d/network restart

#vi /etc/hosts (edit file ini dengan IP Address yang baru)

Note: Hanya root sahaja yang dapat menukar sesuatu IP Address.

h1

27-10-2006

Oktober 30, 2006

Satu lagi hari bersejarah untuk aku. 27-10-2006 bersamaan dengan 4 Syawal 1427. Satu majlis yang pada pendapat aku sepatut nyer biasa-biasa sahaja, tetapi hakikat nya, aku telah disambut dengan penuh dengan kesempurnaan, dihormati oleh kedua pihak. Sehingga kan kakak aku sendiri yang mengatakan bahawa pihak disebelah sana bersungguh-sungguh menerima aku.

Ianya satu perasaan yang tak pernah aku alami dalam hidup ku ini. Pada mula nya, aku berdebar-debar, stress, seram sejuk aku dibuat nya. Hingga kan hendak melangkah pun aku rasakan tidak mampu. Duduk pun rasa tidak kena. Perasaan malu yang sangat tebal meliputi diri ku pada masa itu.

Setiba nya aku disana, walaupun malu dan berdebar-debar tetapi aku sentiasa terrsenyum.

Inilah satu perasaan yang tak pernah aku alami, berdebar-debar takut tetapi gembira. šŸ™‚ Aku happy.

h1

.htaccess

Oktober 17, 2006

File ini akan digunakan untuk meng-“authenticate”/megesahkan users dalam website. Itu pun kalau perlu lah. Dibawah ini adalah satu cara yang paling basic untuk menggunakan .htaccess file.

Note: penggunaan file .htaccess di directory level adalah dalam category security yang lemah.

#cd /var/www/htdocs/amd-taufik (ini adalah directory kepada website saya)

#vi .htaccess

copy and paste code di bawah ini ke-dalam file .htaccess

AuthType Basic
AuthName “Password Required To Access AMD-taufik”
AuthUserFile /var/www/amd-taufik/users/.namefile
Require valid-user


#mkdir users (create directory specified in AuthUserFile)

#vi .namefile

di dalam file .namefile ini create username dan password untuk login ke website. contoh …

amdtaufik:Encryptedpassword

Untuk create encrypted password boleh lah try website ini ataupun download perl program yang dikenali sebagai Crypt. Selesai. sekarang cuba login, boleh masuk ker tak?

For security, kalau boleh file .namefile ini sepatut nya tidak berada didalam folder www.