h1

20 Amalan Murah Rezeki

April 2, 2008
   

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.        Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.        Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.        Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.        Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.        Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.        Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.        Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.     Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.     Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.     Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.     Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.     Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.  

15.     Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.     Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.  

18.     Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.     Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.     Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)  

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

 

38 comments

  1. Segala puji bagi Allah. Tidak terhitung nikmat yang Allah bagi pada umatnya dengan percuma , tanpa bayaran apa-apa . Bersyukurlah ,beribadatlah kepada Allah atas kehidupan kita nikmati dengan fikiran yang waras.AA…min


  2. bagus r semua ni untuk tatapan dan amalan sepanjang masa…….amin


  3. emmmm saya setuju dgn kata2 miowcat 2…harap di jadikan amalan sepanjang perjalanan hidup kita ini dan semoga di luaskan pintu rezeki kita ekkkk….


  4. alhamdulillah….terima kasih la kepada miowcat dan along serta saali…moga2 mereka selalu dirahmati ALLAH dan rasulNya…saya pun akan menjadikan ia amalan hidup saya…insyallah..


  5. alhamdulillah….terima kasih la kepada miowcat dan along serta saali…moga2 mereka selalu dirahmati ALLAH dan rasulNya…saya pun akan menjadikan ia amalan hidup saya…insyallah..moga2 Allah berkati kami semua


  6. Syukur Alhamdulillah di atas tips yang diberikan oleh penulis blog ini.Dengan ini bertambahlah lagi amalan saya yang selama ini memerlukan tips-tips sebegini. Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongan.Kita sebagai hambanya hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukannya.


  7. Assalamalaikum para pengunjung.Saya dari johor bahru.Apa yang tertulis di dalam blog ini amat BENAR.Daripada pengalaman hidup saya,saya merasai SATU KESAN yang amat-amat luarbiasa apabila saya melakukan amalan-amalan di atas.

    Kadang kala manusia bertungkus lumus bekerja,mencari rezeki siang dan malam.namun,manusia selalu alfa bahawa REZEKI itu milik Allah S.W.T.Andaikata kita rajin usaha,commitment,focus,baik perilaku dan segalanya baik tetapi jika kita lupa kepada NYA,keputusan itu tetap sama.

    Saya disini ingin berkongsi kepada para pengunjung,jangan pernah risau,khuatir ataupun bimbang dengan rezeki Allah S.W.T.Kita sebagai umat ISLAM wajib yakin dan percaya rezeki Allah itu ada dimana-mana.PERCAYA dan YAKIN lah dengan apa yang kita lakukan.InsyaAllah kita akan berjaya.

    Astaghfirullah.Alhamdulillah.Subhanallah.Allahuakhbar.

    Salam.


  8. TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN SAUDARA SEMUGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI SAUDARA SERTA KELUARGA KERANA MEMBERI INGATAN SEBEGINI


  9. semuga niat anda di berkatiNya


  10. saya bersyukur dan ingin mengucapkan terimakasih yang tak terhingga kerana keikhlasan hati insan yang mengujudkan blog ini dapat memberi kebaikan kepada orang lain. semoga di rahmati allah.


  11. moga allah rahmati kelian semua


  12. Assalamualaikum tuan/puan. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan adanya laman web ini dapat membantu sedikit sebanyak kita sedar bahawa betapa alpanya kita di muka bumi ini. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kealpaan apatah lagi keadaan negara kita yang masih kurang lagi pendedahan terhadap agama suci agama islam ini. Apatah lagi apabila agama telah dicampur adukkan dengan unsur politik yang sentiasa mengelirukan. Semoga laman web ini sentiasa dikemaskini dari semasa kesemasa.


  13. Segala pujian bagi Allah s.w.t.Semoga ceria selalu hendak nya . Selamat Hari Raya Aidil fitri.
    Maaf Zahir Batin.


  14. semuanya dengan izin Allah.


  15. terima kasih atas peringatan ini


  16. Salam, tuan rumah. Saya ingin buat link menuju ke artikel ini di blog saya, harap tuan dapat memberi kebenaran. Insya-Allah, kita semua akan dilimpahi keberkatan dari-Nya. Terima kasih atas peringatan ini. Amin. Terima kasih sekali lagi.


  17. ALLAH TAKAN MENGUBAH SESUATU KAUM ITU SEKIRANYA IA TAK MENGUBAHKAN DIRINYA SENDIRI


  18. terima kasih atas kalian.


  19. trim atas artikel,mohon ijin menpaste, syukron


  20. Subhanallah semoga nasihat anda diberi pahala oleh ALLAH


  21. Assalamualaikum.. buat sahabat semua, semoga dengan adanya tips ini sekurang-kurangya ada rujukan yang boleh dipergunakann utk muhasabah diri dan ketenangan jiwa, apa yang penting setiap insan haruslah bersyukur kepada Yang Maha Esa


  22. kadang2 terfikir kenapa ramai org yg tak solat, sosial, tak tutup aurat tapi hidupnya berjaya & rezekinya murah??? (dari ukuran duniawi)…apa pun kita perlu beramal bukan untuk menuntut pemberian dari Allah tapi kerana tanggungjawab kita sebagai hamba Allah & Allah bersifat Maha Pengasih & Maha Penyayang insyaallah suatu masa akan dipermudahkan jalan kita setelah diuji pelbagai dugaan (menagis tak berairmata, meraung tak bersuara, mengharap tak berputus asa)


    • Amboi2… sedap mulut je… “kenapa ramai org tak solat, sosial, tak tutup aurat, murah rezeki dan berjaya..” BUSUK BETUL HATI KAU NI YE POMPUAN. EH KAU INGAT ORG TAK TUTUP AURAT TAK SOLAT KE? TAK PUASA? STEREOTYPE BETUL MULUT KAU NI KAN POMPUAN. DAH DASAR POMPUAN HATI PUN SEMUA BUSUK LA.

      MULUT KO JAGA SIKIT. KO TU YANG KENA BERSIHKAN HATI KAU OK. AKU FED UP LAH DENGAN POMPUAN BERTUDUNG MCM KAU NI. SELALU PERASAN ALIM, BAGUS…

      PANDANG ORANG LUARAN JE. DOSA PAHALA AKHIRAT SYURGA NERAKA TU SEMUA HAK ALLAH. KAU TU KENA BANYAK LAGI MEMBACA PASAL AGAMA BUKAN SETAKAT PERGI CERAMAH AGAMA USTAZ POYO KAT LUAR TU.
      SEMUA NAK CAMPAK ORANG MASUK NERAKA. SUKA LU JE KAN.

      ORANG TAK BERTUDUNG PUN BACA LA BLOG2 MCM NI
      SAKIT HATI JE AKU BACA KOMEN2 ORG DLM NI
      BERAGAK BAGUS

      WEH USTAZ PAK IMAM PUN ROGOL CUCU LA

      MANUSIA TAK TERLEPAS DARI GODAAN NAFSU

      KAU TU HARI NI BRTUDUNG ESOK LUSA ENTAH2 TUKAR FESYEN MACAM YUNA. HAH SAKIT TAK HATI KAU? SAKIT KAN.
      MCM TU LA AKU RASA.

      SO KAU JANGAN INGAT ORANG TAK BERTUDUNG TU TAK SOLAT.

      JANGAN DENGKI DENGAN REZEKI ALLAH KEPADA HAMBANYA.

      AKU TAK TUTUP AURAT TAPI AKU PUN SOLAT OK.

      DAH2 JANGAN NAK MEMANDAI KATA AKU NI TAKDE ILMU, JAHIL KE APA, AKU ADA ILMU, DAN ITU ANTARA AKU DENGAN ALLAH.

      KAU DIAM OK.


      • bawa besabar eh aurora 2 la gunanya adik,kakak,mak,ayah,kawan,sekedar slg mggatkan angp 2 sbg tgran bkn phnan.xd manusia yg sepna.sempurna 2 hanya milik ALLAH,arini kte igt ntah bsok lsa kte lupo,,,,,,,yg ptg kte ssma muslim slg igt mgtkan,tgr mngr,tlg mnlg,hrmt mhmti,,,,,,,,,,,,ok i lov perdaimaian


      • Kenapa nak marah kalau kita x salah?

        Kalau saudari rasa buka aurat tu tidak mengapa, maka teruskanlah. Biarkanlah orang yang tutup aurat itu sentiasa mengikut arahan Tuhannya. Kita x payah runsing dengan orang lain. Saudari ada kata dalam perenggan dua akhir: DAN ITU ANTARA AKU DENGAN ALLAH. Kalau macam tu, biarkanlah dia. Dia tutup aurat, itu urusan dia dengan Allah. Biarlah Allah hitung sama ada dia boleh dapat kebahagiaan abadi di akhirat sana kelak. Saudari pula x perlu sibuk nak nasihat orang lain sebab orang lain pun boleh jawab “ITU ANTARA AKU DENGAN ALLAH.”

        Saudari jangan lupa. Hubungan dengan manusia kita kena jaga. Hablumminannas. Kalau seorang wanita berpakaian seksi dan snap picture, masuk dalam wall FB, ramai kaum lelaki tengok, like dan SHARE. Dosa lelaki tersebut, diSHARE bersama dengan wanita tersebut. Lagi satu, kita jangan sebut “ITU ANTARA AKU DENGAN ALLAH.”, sebab satu hari nanti kita akan mati. Yang menguburkan kita adalah ORANG LAIN.

        Tepuk dada, tanya selera. Sila terima dengan hati yang terbuka. Juga terima dengan aurat yang tertutup rapi dari golongan ajnabi.

        Wallahualam..


  23. Banyakkan Bersedekah. Moga memperolehi rezeki yang melimpah ruah. http://rahsiasedekah.com


  24. TERIMAKASIH BANYAK2,SANGAT BAGUS….


  25. Minta penjelasan lebih banyak mengenai percanggahan dalam amalan Islam dan propaganda barat dalam mengelirukan kehidupan umat Islam dgn bukti atau pengalaman sendiri untuk menyakinkan.Ini untuk pendedahan agar kita umat Islam tidak lagi diperdaya secara tersembunyi dan berterusan


  26. saya share kat fb saya yer….


  27. Alhamdulillah…perkongsian yang berguna.mohon copy untuk di kongsi bersama yang lain..


  28. best. mohon di copy


  29. salam, mohon izin nak share kat fb saya yer


  30. subhanallah…


  31. time kasih utk semua ni


  32. Terima kasih….mohon share utk ltk di blog sy
    qarismabintang.blogspot.com
    TQTQTQ :)


  33. minta izin untuk copy.


  34. Subhanallah. memang benar, amalan menjemput rezeki. Hati rasa sangat tenang, dipermudahkan urusan harian, rezeki datang tak disangka2.

    Terima kasih atas perkongsian ini. berkongsi ilmu yang bermanfaat :)


  35. alhamdulillah



Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: