Archive for 15 Februari 2008

h1

Temubaul dengan pengembala kambing

Februari 15, 2008

Lawak nie dah beberapa kali aku terima dalam inbox aku, kadang-kadang aku rasa lucu, kadang-kadang tak. Anyway enjoy ajerlah …

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa
soalan tak?
Pakcik : Boleh aje…

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?”

Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,
padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama….

h1

The Malaysian Career & Training Fair (MCTF)

Februari 15, 2008

Ok, Jobstreet.com akan mengadakan “Malaysian Career & Training Fair” a.k.a MCTF di Mid Valley, KL Exhibition Center, Level5 from 4 to 6 of April 2008. Jobstreet.com akan berganding bahu dengan syarikat-syarikat yang ternama bagi menjayakan pameran 3hari ini yang pada masa yang sama akan memberi peluang yang baru untuk mengembangkan sayap career anda. Datanglah beramai-ramai. Mana tahu ketemu dengan bakal majikan yang baru. InsyaAllah.