Archive for Disember 2006

h1

CDC (Commerce Dot Com)

Disember 3, 2006

Tanggal 22 /12/2007 adalah hari terakhir aku bersama CDC. Hampir 7 tahun aku bersama CDC. Aku telah bersama CDC seawal 1999, dan telah melihat pelbagai perubahan yang berlaku (+ve dan -ve) serta membantu CDC membagunkan sistem ePerolehan. ePerolehan kini berada dalam satu tahap yang amat membanggakan. Tahniah CDC.
Kepada rakan rakan seperjuangan di CDC, mintak maaf lah kalau aku tidak mengarang atau menulis “farewell notes email”.

En Abid, thanks for your guidance.

Hj Firdaus, i’m gonna miss your tasawwuf and fekah class.

Adi thanks for the technical guidance. Nanti kita gi lepak minum kopi-O.

Ibrahim, a.k.a CMO (Chief Mambang Officer) , cepat-cepat lah cari pasangan, bina Masjid. Kahwin best oooo (ini mengikut kata-kata orang dah kahwin lah)

To CDC dara pingitan (azira, julie, farah, wanie, ida, yana, ira . . .) and the Mambang club (Ihsan & Amir), peluang dalam CDC masih banyak, jangan terburu-buru untuk cari kerje lain. Banyak yang boleh dipelajari. kamu semua ni akan jadi orang penting dalam CDC. Jangan lupa seyum sokmo 🙂 . Kalau korang takder, makin sunyi kot OMP department nie.

Firdaus & Nani, email aku bila kad kahwin dah kluar, insyaALLAH aku akan datang.

Bala, good luck with your new task.Vijak, good luck with your new office 🙂

Kalau nak sebut sorang sorang, memang it will be endless, to ALL (technical, backoffice, development, HR, finance, BO, CS . . .) , thank you so much for all your helps and supports.

May the force be with you . . .

h1

Cinta

Disember 3, 2006

Filem Cinta telah ditayangkan di seluruh panggung wayang Malaysia pada 30/11/2007. Promosi yang dibuat amat berkesan, dan telah mendapat liputan yang meluas dari pelbagai pihak media. Sehingga kan ibu saya pun berminat hendak ke panggung wayang unutk menonton filem Cinta ini.

Semalam, saya dan kawan saya telah menonton filem Cinta ini. Kami membeli tiket untuk menonton pukul 7mlm (time maghrib nie). Selalu nya filem di panggung akan start lambat 10min atau 15min, so sempat lah nak sembahyang maghrib. Pukul 7:20mlm baru masuk panggung, memang terlepas lah 5min adengan awal. Panggung tu memang full house, aku dan member aku ajer yang paling lambat.

Filem Cinta ini biasa sahaja, tetapi menarik. Ianya memang penuh dengan Cinta. Cinta seorang kekasih kepada kekasihnya, cinta seorang kakak kepada adiknya, cinta seorang ayah kepada anaknya dan vice versa. Aku memang tertarik melihat cerita ini, terutama sekali megenai cinta seorang ayah kepada anaknya (Harris & Lis), sungguh menarik! Satu perasaan yang belum pernah aku rasai sendiri. (ini yang buat aku nak cepat cepat kahwin nie, nak merasai cinta antara ayah dan anak . . . indahnya!)

Jalan cerita nya telah diolah dengan begitu baik sekali, satu cerita yang smooth. Walaupun  aku tidak menitis kan air mata, tetapi cerita ini telah berjaya membuat aku betul betul menghayati nya.