h1

Cinta

Disember 3, 2006

Filem Cinta telah ditayangkan di seluruh panggung wayang Malaysia pada 30/11/2007. Promosi yang dibuat amat berkesan, dan telah mendapat liputan yang meluas dari pelbagai pihak media. Sehingga kan ibu saya pun berminat hendak ke panggung wayang unutk menonton filem Cinta ini.

Semalam, saya dan kawan saya telah menonton filem Cinta ini. Kami membeli tiket untuk menonton pukul 7mlm (time maghrib nie). Selalu nya filem di panggung akan start lambat 10min atau 15min, so sempat lah nak sembahyang maghrib. Pukul 7:20mlm baru masuk panggung, memang terlepas lah 5min adengan awal. Panggung tu memang full house, aku dan member aku ajer yang paling lambat.

Filem Cinta ini biasa sahaja, tetapi menarik. Ianya memang penuh dengan Cinta. Cinta seorang kekasih kepada kekasihnya, cinta seorang kakak kepada adiknya, cinta seorang ayah kepada anaknya dan vice versa. Aku memang tertarik melihat cerita ini, terutama sekali megenai cinta seorang ayah kepada anaknya (Harris & Lis), sungguh menarik! Satu perasaan yang belum pernah aku rasai sendiri. (ini yang buat aku nak cepat cepat kahwin nie, nak merasai cinta antara ayah dan anak . . . indahnya!)

Jalan cerita nya telah diolah dengan begitu baik sekali, satu cerita yang smooth. Walaupun  aku tidak menitis kan air mata, tetapi cerita ini telah berjaya membuat aku betul betul menghayati nya.

One comment

  1. “Hmm… member ker??? “. Bukan tunang ker? ???? Alah…show you real skin man..haha -pakyem-



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: