h1

Ustaz Haji Azmir Mustafa

November 15, 2006

Kisah Ustaz Haji Azmir Mustafa. Kisah ini telah difwd kan oleh member aku melalui email. Sungguh manis hidayah ALLAH. Alangkah beruntungnya, dia telah dipilih ALLAH untuk berubah mengamalkan Islam secara meyeluruh, dan mengerjakan kerja-kerja dakwah.

Ya ALLAH, berikanlah kami petunjuk dan pertolongan Mu, kurniakan kami taufik dan hidayah Mu . . . Amin.

#####

Ustaz Haji Azmir Mustafa

Ustaz Haji Azmir Mustafa

Ustaz Haji Azmir Mustafa
#####

BERSEMUKA bekas pelakon ‘Ali Setan’, Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.

HARAKAH : Bila mula berubah dan berhenti berlakon?

AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998. Tapi baru-baru ini, saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.

Apa pendorong kepada perubahan?

Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is ‘great’! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.

Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?

Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu perli saya. Macam-macam la mereka kata…kepala senget, nak tengok Quran. Lebih kurang gitulah (ketawa). Lepas pada itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat. Saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihah pun, buka buku lagi…itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni. Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey.

Masih membaca?

Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya dah tingalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya.

Berubah secara drastik, atau ‘slowly’?

Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan ‘slowly’. Saya tak boleh ‘slowly’. Kalau ‘slowly’, saya tak tahu saya sempat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang sesat.Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan kawan-kawan dalam dunia hiburan. ‘Member’ baik pun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya ambil keputusan tinggal semuanya.

Dah berani keluar berjumpa orang?

Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Setakat ni, pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik.

Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan?

Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.

Selain berceramah?

Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah, dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada bergaduh.

Pernah bisnes sebelum ni?

Macam-macam bisnes saya buat. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat, saya pernah kata…kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebut ‘kalau Allah izinkan…’ Agaknya sebab itulah bisnes saya tak berjaya. Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya pada ceramah.

Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah?

Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak berceramah ni.Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, ‘setan’ datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).

Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?

Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan, hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata. Kadang tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir. Itu kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.

Banyak menerima jemputan, selain PAS?

Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah…(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut. Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.

Pernah terima tentangan sejak berdakwah?

Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya

Cenderung pada politik?

Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool. Padangnya sama…stadium. Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.

Bagaimana melihat umat Islam hari ini?

Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada. Benda-benda macam itu. Kita sesama Islam pertikai…tapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang perlu kita musuhi. Kita ni terlalu banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa. Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil…semua ni dari bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini. Kena ambil seluruhnya.

Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?

Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi, dia tak boleh terima keadaan itu. Bertahan lima tahun saja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya reda. Kuasa Allah, dia masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.

Dia tak nak duduk sekali?

Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko tersebut. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka. Tapi masalah sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang. Saya fikir tak boleh jadi macam ni. Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke rumah mak mereka. Saya izinkan mereka jumpa di ‘club house’, di kawasan rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.

Perancangan masa depan?

Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan. Saya dah cuba kat sini, tapi tak menjadi. Yelah, dalam kelas cakap Arab, keluar kelas cakap Melayu balik. Mana nak jadi. Saya cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana dan saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana. Kenapa? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal daripada saya. Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu mereka jadi macam saya.

Mungkin mahu menamatkan zaman duda?

Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu. Saya dah banyak keluar sekarang, kasihan pada anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi…(ketawa)

19 comments

  1. […] pagi nih aku jenjalan kat blog ahmad taufik.. terbaca pasal ali setan .. insaf . insaf… […]


  2. teringin nak attend ceramah Hj Azmil..


  3. Itulah hikmah Allah. Ogy (Ali Setan) memilih untuk bertudung (at least) walaupun kembali semula ke dunia selebriti sbg pengacara. Azmil pula spt diketahui, menjadi pendakwah. Alhamdulillah.


  4. Kami mendengar hj azmil telah menempuhi banyak ujian dalam mencari jemaah, mencari guru mursyid, mahu mengaji tasawuf dan kitab, mahu berniaga ala islam dan bikin video kembara dakwah di sepanyol dan afrika selatan. Tapi semuanya tak menjadi. Rumah anak yatim yg dia tolong tubuhkan di shah alam kini dikenali ramai sebagai Rumah Aman / House of Peace. Amat ceria dan terharu melihat kira-kira 30 anak yatim dari umur 4-9 tahun dijaga dididik dan tarbiya dengan tertib, ikhlas dan berwibawa.
    Syabas dan selamat bermusafir mengaji ilmu dan bahasa arab ditanah damsyik, syria. Negeri yang masih berbekas baraka dan karamah para ulama awliya. Ujian ada ditimur dan dibarat, pokoknya istiqmah dan sucikan niat fisabilillah. Fasalamun ala man tabaal huda.

    Catatan abuzuhri berdebu dan tak bernama
    dihujung pondok teh nursantara.


  5. semoga Allah tunjukan aku jalan kebenaran..
    Amin….


  6. Assalamualaikum….

    Amat teruja dengan membaca kesah ustaz Azmil..boleh kah saya dapatkan bagimana untuk hubungi ustaz Azmil atau phn no beliau..saya ingin berhubung dengan beliau tetapi tidak tahu bagaimana untuk contack.


  7. ada siapa-siapa tahu bagai mana nak contackt ustaz azmil….email ker.?


  8. Bersyukur pada Allah kerana Azmil dpt petunjuk. sungguh terharu rasanya..terutama masa dia di luar negeri New York rasanya bila dia melihat orang Islam kat sana begitu patuh pada Allah biarpun berada di negara asing sedangkan peluang nak buat maksiat begitu terbuka sekali..Perasaan takut pada allah menghalang dari berbuat masksiat.. Alhamdulillah semoga Azmil terus berdakwah …


  9. ingin ikut jejak langkah ustaz azmil…bantu saya untuk menghubunginya melalui email


  10. teruja nyer…aku berdoa berharap dapat hidayah dr Allah… dn berubah sepenuhnye seperti “Ali Setan” … Amin…


  11. Bestnya…sgt minta kat abg azmil sebb suami pun muka sama mcm dia..:D


  12. Ask them in order to clench and also chill every one of any muscles from any feet
    in order to any head 9. patients, Usually become that these are typically supposed crazy,
    though they require to become reassured that having “crazy” feelings is
    actually the cognitive aberration and additionally is vastly distinct from those whom can be
    considered clinically crazy. Broadly talking it is referred to as
    intellectual treatment and it really works through assisting you change
    how you observe the world an estimated you.


  13. This is a very good tip particularly to those new to the blogosphere.
    Short but very accurate info… Thanks for sharing this
    one. A must read post!


  14. Howdy! I understand this is sort of off-topic however I needed to ask.
    Does managing a well-established blog like yours require
    a large amount of work? I am brand new to writing
    a blog however I do write in my diary daily.
    I’d like to start a blog so I can share my own experience and feelings online. Please let me know if you have any ideas or tips for brand new aspiring blog owners. Appreciate it!


  15. Very good post. I’m experiencing some of these issues as well..


  16. I am not positive where you’re getting your info, however great topic. I needs to spend a while studying more or figuring out more. Thanks for great info I used to be on the lookout for this info for my mission.


  17. Hello friends, how is all, and what you want to say on the topic of this piece of writing,
    in my view its in fact remarkable in support of me.


  18. I’ve learn a few good stuff here. Certainly worth bookmarking for revisiting.
    I wonder how a lot effort you put to make the sort of wonderful informative site.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: