h1

Jalan TAR

Oktober 8, 2006

Penat giler aku hari nie. Pukul 10pagi aku dah ada kat Jalan TAR. Masa aku sampai jalan TAR tuh keadaan masih lagi terkawal, belum jem lagi, dan parking pun senang nak dapat. Aku memang dapat parking free lah, tapi duit terpaksa gak kluar nak bagi kat ulat yang jaga parking tuh, dalam hati memang tak nak bagi, fikir fikir balik, baik aku niat bagi kat dia ikhlas lah, buat sedekah sikit di pagi ramadhan yang mulia ini🙂. Semoga diterima ALLAH.

Destinasi pertama kat jalan TAR adalah wisma yakin. Nak hantar alter sikit baju batik yang aku ambik hari tu. Tapi dia tak nak terima, suruh aku hantar lepas raya. aduh!

Lepas tuh aku tolong member aku cari barang barang untuk dibagi kat anak yatim yang disponsor oleh boss dia.  Yang heran anak yatim yang disponsor nie umur 14 tahun, tapi saiz ukuran baju, kasut, sluar slack dan songkok semua nya macam size budak umur 19tahun, aku pelik tapi tak boleh nak kata apa sebab dah tertulis macam tuh, aku ikut aje.

Setiba di sogo, wah masa nie dah pukul 1tengah hari, wah memang pack teramat, nak jalan pun susah, apatah lagi nak pilih baju dan seluar slack untuk aku. Masa ini lah aku dah start penat dan letih nak meredah arus orang yang berpusu-pusu shopping untuk raya, tapi aku dok shopping baju kerje🙂.

Dalam pukul 4petang tuh, memang aku dah penat giler-giler dah. Rasa nak marah ajer, dan kaki nie pun dah teramat penat, nak angkat pun dah tak boleh dah, tapi aku gagah kan jugak diri aku ini, teman member aku nak gie semua house plak, nak cari barang dia lah. Kadang kadang aku rasa bersalah jugak bila dia tanya aku, aku jawab macam marah-marah. Kepada member aku yang sorang nie, aku betul-betul mintak maaf kalau dia terasa. Sorry ok geng.

Pukul 6ptg tuh, segala nya hampir selesai, apa yang dihajati semua dah dibeli, masa nie lah nak pergi cari makan . . .

Tak pernah aku buat kerje macam nie, dari pukul 10pagi sampai 6petang dok pusing Jalan TAR ajer, aduh penat babe . . .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: