h1

Solat Terawih

Oktober 5, 2006

Hari nie ada kelas tasauf, dan serperti biasa aku akan sedaya upaya menghadirkan diri. Maklumlah time kerje aku tak menentu. Seperti biasalah, dalam setiap kelas mesti ada selingan untuk bercerita, kali ini Ustaz kelas aku ada menghuraikan tentang adab solat terawih.

Selalu nya bila masuk bulan Ramadhan nie, ramai yang akan berdebat ataupun tertanya-tanya samada solat terawih ini sepatutnya buat 8 ataupun 20?

Mengikut penerangan dari Ustaz aku, pada zaman Rasulullah s.a.w, solat sunat terawih dibuat secara berasingan (sendiri-sendiri). Dan pada masa itu memang tidak ada solat terawih secara berjemaah.

Kemudian, pada zaman Khalifah Al-Rashidin, ketika zaman Saidina Umar ibni al-Khattab. Beliau telah memangil semua para sahabat dan berbincang untuk membuat solat terawih secara berjemaah didalam ijma’ sahabat. Didalam ijma’ sahabat (ada nama lain untuk ijma’ sahabat, saya lupa) para sahabat telah bersetuju dan sebulat suara mengatakan solat terawih hendaklah dibuat dengan 20 rakaat.

Kesimpulan: hidup ini berlandaskan dua sumber yang penting iaitu Al-Quran dan As Sunnah. Jika kemuskyilan masih tidak terjawab, maka hedaklah kita tengok pula pada Ijma’ Sahabat, dan seterusnya dengan Ijma’ Ulama. Jadi pada pendapat anda yang mana patut kita patuhi, solat terawih 8 rakaat atau 20 rakaat?

Sedikit sebanyak tentang sejarah islam boleh di dapati di Wikipedia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: