h1

Mandi Wajib

Oktober 4, 2006

Untuk melakukan mandi wajib yg betul, seseorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorag itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam MAlaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahny di Taman Sri Keramat
Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada tiga:-
1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

“Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

“Bagi puan2 yg habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku menggangkat
hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi puan2 yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorg itu memulakannya selepas telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.” Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yg ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

“Sementara rukun mandi wajib yg ke 3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. “jika rambut seseorg itu ditocang atau disanggul, sekirany tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis, ia
wajiblah dibasuh.

“Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

“Tentang rambut yang diwarnakan pula selain dari INAI, ini lah yang merumitkan. Sebenarnya jika rambut seseorg itu diwarnakan dengan pewarna selain dari INAI, mandi wajib seseorg itu TIDAK SAH!

“Oleh itu, seseorg yang mwarnakan rambutnya dgn pewarna selain dari INAI, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

“Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah adalah kerana pewarna yang menyalut rambutnya menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dgn INAI. INAI sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.”

“Tapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukan lah bermaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa SEMBAHYANG DAN MANDI WAJIB ITU BERBEZA. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.

“Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius oleh umat islam.

Ustaz Haji Mat Jais menegaskan 6 sebab kenapa seseorg itu wajib mandi wajib. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu:-
1. Kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani
2. Keluar air mani
3. Mati.
3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu:-
1. Keluar darah haid
2. Nifas
3. Melahirkan anak (wiladah).

“Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

“Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.”

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.

3 comments

  1. ξέρετε οποιεσδήποτε πληροφορίες για αυτό το θέμα σε άλλες γλώσσες;


  2. You have brought up a very excellent details , regards for the post. fddkcfgdkkad


  3. When some one searches for his necessary thing, thus he/she needs to be
    available that iin detail, therefore tha thing is maintained over here.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: