h1

Isteri solehah

November 13, 2006

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka  iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .
#####
1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :).

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

64 comments

  1. Taufik…

    First of all, Happy Belated Besday..Achik ingat sebelum tarikh tersebut..tapi, bila tiba time lupa plak..

    Emm..asek dok berbicara pasal perkahwinan jerk.. x lama lagi ker?? Bila tu? Jgn lupa jemput..buat appointment awal2 takut bos achik tuh bz…hehehhehe


  2. Thanks for the posting. Yang tak best asyik petua untuk isteri menyenangkan hati suami… petua suami menyenangkan hati isteri macam mana… suami@lelaki tu khalifahkan???


    • isteri dan ibu dasar kebahgaiaan rumahtangga,aku agak nakal,,,namun….isteri selalu memeimpin aku kepada jalan yang lurus.


      • Salam… semoga saya terus diberi kesabaran, dipertingkatkan keimanan dan petunjuk dari ALLAH yang Maha Mengetahui supaya saya dapat membantu suami yang dalam keadaan tertekan kerana terlanjur bercinta dengan isteri orang. Dia tahu hukumannya amat berat samada di dunia atau di akhirat tapi cinta pada si dia terlalu mendalam. Suami kata saya sangat baik tetapi si dia sangat manja dan pandai menggoda menyebabkan dia CAIR….
        Usia perkahwinan dah nak masuk 19 tahun, umur dah
        masuk 40-an ,begitu juga si perempuan itu, kami diduga dengan ujian seberat ini . Saya merana kerana
        perempuan itu tetap tegar untuk terus berhubungan walaupun saya pernah bercakap secara baik dengannya.Saya ingatkannya tentang hukum ALLAH dan tentang akibatnya. Suami saya baik orangnya dan ketika belum berkahwin bukanlah seorang kaki perempuan, semua nak disapu. Namun, saya yakin benar bahawa ALLAH tidak akan memberi ujian kalau saya tidak mampu memikulnya. Saya juga yakin bahawa ALLAH mendengar doa orang yang dizalimi.


  3. xda ke tips utk suami? sbb sy rasa skrg ni lelaki dh lari drpd tanggungjawab sbnr sbg seorng suami and selalu ambil tak kisah mengenai isteri.. Perempuan pun nk suami memahami dia kan =)


  4. Bukan suami dah sampai tahap khalifah tapi kita
    sbgai isteri cuba buat yg terbaik utk suami.
    InsAllah mereka akan menghargai kita n malu sendiri.


  5. rasa susah utk memahami suami kadang-kala, jiwa dan batin yg terseksa tak tahu hendak cerita kat siapa,rasa rendah diri, sy makan hati, tak mampu menanggung kesedihan dan ujian ini. biaralah Allah menolongku.kadangkala rasa kecewa.


    • Kadang-kadang susah nak mengerti perasaan suami, biasalah wanita bila sudah bergelar isteri, hati, perasaan, kasih-sayang, harta-benda akan dikongsi bersama suami dan anak-anak. Biasalah isteri akan menaruh harapan tinggi kepada suami dan isteri rela berkongsi susah dan senang bersama suami. Cinta dan kasih sayang hanya untuk suami tetapi belum pasti suami akan bersikap seperti isteri. Isteri akan memberi kasih-sayang yang tidak berbelah-bagi kepada suami dengan harapan suami juga akan berbuat demikian, tetapi malangnya harapan isteri kadang-kala hanyalah tinggal harapan. Isteri mengharapkan suami juga sepertinya tetapi suami tidak sehebatnya isteri, sanggup berkorban apa saja untuk kebahagian suami, isteri keluar bekerja untuk membantu kewangan suami. Ketika berkerja hatinya masih teringat suami dan anak-anak yang ditinggalkan dirumah dengan harapan suami akan membantu kerja-kerja dirumah pula, tetapi suami pula sibuk berkasih-sayang dengan insan lain dengan menghabiskan masa berjam-jam dengan berbalas sms dan e-mail. Apakah perasaan isteri bila menghadapinya?


      • Saya mngalami nasib yang sama…


      • Mmg perit utk memahami suami, tidak spt masa bercinta dan diawal perkahwinan.Semakin melewati 6 thn usia perkahwian suami semakin menunjukkan sikap yg sebelum ini tidak pernah dijangkakan.Paling menyedihkan apabila pelbagai usaha dilakukan oleh isteri utk mengeratkan kemesraan dipandang sebelah mata oleh suami.


      • nasib kite sama, suami x pernah nak rasa bersalah setiap kali di tanggap melayan macam2 ppuan yg entah mane dpt no.tel,chating ..sembang berjam2 ,,tapi bile nak cal isteri tak pandai pulak nak cakap lama2..sepatah dua dah kdg2 tu x habis ckp dah letak dah..mmg bengang,, padahal dulu suami yg tergila2 kat kite x,,mmg benci ..bila kite tanya x mengaku pulak yg lebih mnyakitkan hati mgaku bujang/duda ..yg pelik tu ppuan kat luar nie mudah benar pecaya laki leh ,,bila tnya suami confirm x nagku..anak dah bujang dan anak dara tapi bapak dah terbalik mcm budak2..ape nak kite buat nie..rasanye kadg2 tu hidup sendiri lagi hati x disakiti..asyik nak jaga hati suami, tapi suami haram…para isteri ini kalau ALLAH bagi kuasa talak tu kat tangan Wanita dah ramai laki2 x bertanggunjawab ini jadi didudakan baru suami2 ini rasakan…


  6. erm..panduan untuk ku suatu hari nanti…
    terima kasih…


  7. saya dah berkahwin 4 tahun, belum dikurnakan anak. rasa kasihankan suami sebab tahun ni suami akan berusia 40 tahun, sedang saya 32 tahun. Alhamdulillah walaupun tak ada anak, tapi setakat ini perkahwinan kami ok yee. mungkin Allah beri rezeki di tempat lain.


  8. SAYA HARAP APABILA SY MENJADI ISTERI KELAK SUAMI AKAN TERUS BERBAHAGIA DI SISI SAYA..PANDUAN ITU SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU SY…INSYA..SY AKAN BERIKAN YG TERBAIK BUAT BAKAT SUAMI YG DICINTAI..AMIN


    • hmm amin..
      sesungguhnya isteri yg baek diredhai allah dah keredhaan allah itulah yang membawa para isteri ke syurga


  9. …alhamdulillah saya telah mendirikan umah tangga hampir 5 bulan….alhamdulillah saya telah mengandung selama hampir 5 bulan juga…semoga perkahwinan saya dengan suami tersayang kekal hingga ke akhir hayat….insyaallah….
    ….kepada yang belum dikurniakan zuriat insyaallah…anda juga bakal menimang cahaya mata…banyakkan berdoa dan berusaha….panduan ini serba sedikit telah berikan manfaat pada saya dikemudian hari…..


  10. saya pn berdoa sgt2 agar dapat isteri yang solehah…
    Doakan saya slali k kwn2….


  11. salam,saye baru putus dgn awek saye, mmg die ni wanita solehah bagi sy, tapi jodoh xde,mmg sy sedih sgt,saye berharap sgt mendpt seorg wanita atau isteri yg solehaH lps ni, yg cantik, tau menutup aurat, ade perasaan malu, jaga maruah suami,taat pada suami, jaga mkn minum suami,bimbing suami ke jalan yg benar, kerana disitulah terletaknya kebahagian rumah tangga, mmg itu pilihaan sy, DOAKAN SAYE kwn2 semua, insyaallah….amin


    • untuk mndpt seorang yg solehah,kita harus perbetul diri kita trlebih dahulu….insyaallah kita akan dapat petunjuk dari-Nya


  12. saya sgt sedih,saya rasa saya dah lakukan tanggungjawab sbg suami dgn baik..tp isteri tak penah lakukan ape2 yg tertulis di atas apabila bersama dgn saya. saya rasa saya ni macam sampah…


    • apa yang tertulis adalah sebagai panduan.cubalah intai, cari kebaikannya walaupun cuma satu.tanya diri kenapa memilih dia sebagai isteri.kalau tak ingat kenapa memilih dia, ingatlah…dia adalah jodoh yang Allah hadiahkan untukmu.hargailah dia sebelum kau kehilangannya.untuk hargainya, pimpinlah dia andai dia tidak tahu arah.pimpinlah dia tetapi bukan mengikut seleramu, pimpinlah dia sebagaimana ajaran Rasulmu dan tuntutan Tuhanmu.panduannya ada dalam Quran dan sunnah.fahamilah keduanya.soal tanggungjawab yang telah dilaksanakankan,usah berkira sangat kerana tanpa kau sedar itu cuma sedikit…


  13. suami saya terlalu berahsia dgn saya, bila saya terjumpa sesuatu dan bertanya, dia akan buat xtau, kalau saya terus bertanya dia akan terus memarahi saya. suami pernah curang pad saya dari mula berkahwin sampai tahun ke 5 perkahwinan kami, baru rahsia terbongkar. sampai sekarang saya x tau sejauhmana sayang dia pada saya, terlalu banyak perkara yang cuba dia sembunyikan, dan perlakuan yang meragukan. bulan depan genap 7 tahun usia perkahwinan kami, semoga Allah menunjukkan kebenaran. untuk pengetahun, inilah kali pertama saya bercerita ttg perkahwinan saya dgn orang lain. keluarga pun tak pernah tau. saya terlalu sayangkan suami dan tak mahu keluarga memandang serong padanya.


    • Assalamualaikum…pernah bercerita dengan DIA YANG MAHA MENDENGAR tak?kalau nak mengadu pada DIA, jangan bercerita pasal keburukan suami atau orang lain…ceritalah,mengakulah pasal keburukan diri sendiri.diri kita ni hina, tidak terlepas dari noda dosa dan kesilapan.usah difikirkan sangat kejahatan orang pada kita.fikirkanlah tentang silap dan dosa kita.mungkin kita rasa kita tak dah buat terbaik untuk dia tapi mungkin kita terlupa…rupa-rupanya apa yang kita lakukan selama ini terlupa untuk diniatkan kerana ALLAH.rupa-rupanya selama ini kita lakukan hanya untuk diri kita semata-mata…fikir-fikirkanlah,belajarlah muhasabah diri.nak muhasabah jangan cari kebaikan yang telah kita buat,tapi kesilapan dan keterlanjuran kita…lepastu jangan lupa istighfar dan taubat.wallahu a’lam.wassalam.


    • Cerita nani hampir sama dengan saya, mula-mula usia perkahwinan kami, saya selesa dengan sikap suami tetapi lama kelamaan saya kadang-kala sedih dengan sikap suami yang terlalu pendiam, saya gelisah, sedih marah dengan sikapnya, pada saya suami tempat isteri meluahkan perasaan, bercerita, bergurau-senda. Kadang-kala dia terlalu sensitif dan ada kalanya saya seperti bercakap dan bercerita seorang diri. Pada mulanya saya pendamkan sahaja perasaan kerana tidak mahu menceritakan keburukan suami kepada orang lain tetapi lama-kelamaan saya tidak tertanggung seorang diri sehingga sering kali diserang imigran. Saya sangkakan sikap pendiamnya juga sama terhadap orang lain tetapi dalam diamnya dia seronok bercerita dengan insan ( wanita )lain dengan melayari speesh dan sms sehingga saya terbaca sendiri. Malang dan sedihnya hati saya bila terbaca kata-kata manis dan pujuk rayunya dengan rakan-rakan wanita sedangkan dgn saya perkataan sayang, manja begitu berat keluar dr mulutnya. Sms yang saya hantar kepadanya kadang-kala tidak berbalas dengan alasan sibuk tetapi dia ada banyak masa berbalas-balas kata sayang dengan orang lain. Airmata mata bercucuran keluar tanpa disedari. Saya telah cuba menjadi isteri yang solehan dan terbaik buatnya tetapi saya masih tercari-cari apa kekurangan saya kerana kami berkahwin atas dasar cinta dan restu keluarga. Saya juga pernah bertanya kepadanya selama jadi isterinya apakah yang tidak mencukupi lagi, seperti biasa dia hanya membisu sahaja dan hanya berkata saya isteri yang baik dan solehan. Saya juga telah mengikut apa sahaja kemahuan dan kehendak suami dr segala hal dalam rumahtangga tetapi saya pelik dengan sikapnya. kadang-kala rasa sunyi dan tiada tempat mengadu. … Tension dibuatnya…..


  14. saya m,ngaku mmg bukan seorang isteri yang baik. sy x ada ciri2 mcm perkara di atas. Suami seorang yang sabar dgn saya. pernah dia pukul saya kerana x tahan kena bebel tiap2 hari lps dia blk keje.saya x salah kan dia . sya na semua bendanya ok. bantu la saya mcm mana na jadi isteri solehah


    • mmg benar laki tidak suka didesak n dikongkong. para isteri harus memahami pangai laki yang satu ini untuk mengelakkan pergaduhan.


    • Assalamualaikum…Apa yang anda faham tentang makna solehah?kenapa nak jadi solehah?solehah jaminannya syurga kan?waspadalah dengan lidah kerana ia adalah salah satu penyebab utama manusia dihunjam ke neraka.berfikirlah sebelum berbicara.biasalah, bila hati dah membara,akal entah di mana.biasakan diri dengan istighfar,insyaAllah,Allah akan bantu tenangkan kita.jangan suka sangat membebel pada orang,apatah lagi pada suami.kalau rasa tak tahan sangat nak membebel,bebel pada diri sendiri, tak perlukan suara,sekadar bicara hati…sebelum suami balik kerja tu,bawa-bawalah bertenang.jangan diulangi kesilapan sama berkali-kali.satu lagi,ALLAH MAHA MENDENGAR,andai rasa diri kesunyian lantaran tiada teman berbicara,berbicaralah dengan TUHANmu.DIA suka andai kita bebicara,mengadu,merintih,merayu padaNYA…kenapa nak jadi solehah?sebab ALLAH suka kan?jadi untuk ALLAH suka kita,kita kena terlebih dahulu mencintai DIA mengatasi segalanya.berusaha mendekatkan diri padaNYA.memohon keampunan dan maghfirahnya…senang dibicara,mudah ditulis namun sukar dilaksanakan kecuali dengan izinNYA.mohonlah dariNYA petunjuk dan pimpinan ke arah yang dia redhai.wallahu a’lam.wassalam.


      • sedih pulak bila terbaca komen asfiya,,pe2 pun setiap yg berlaku mungkin de hikmahnya dan dengan cara ini jua kita sbg isteri akn belajar supaya mnjadi isteri yg lebih sabar, InsyaAllah byk ganjaranya jika mnjadi isteri yg sentiasa sabar w’pun kadang2 perit sangat utk ditelan…


      • terima kasih asfiya…kata2 anda menyedarkan saya hakikat cinta sebenar. kadang isteri terlalu mengejar cinta suami sehingga lupa pada cinta Allah. apa yang ada pada cinta makhluk jika dibanding dgn cinta Allah.. jika kita mendapat cinta Allah insyaallah kita akan dapat cinta suami…


  15. TUNTUNAN YANG BAGUS


  16. dh 3 kali ekin skt kn ati tunang ekin..
    ekin nk sgt jd tunang yg baik tp perangai ekin yang kuat cembru wat kan dia cpt bosan ngn ekin..
    ekin juga punyai perangai yg suke mdesak n nk dia ikut jer ckp ekin..
    jauh di sudut ati ekin,ekin xnk kn sume 2, ekin nk beri kn kbhagian pd ny tp ekin sndri xtau nk wat cmne..
    kali ni ade lah peluang yg ke4 yg dia bg kt ekin n mrupakan peluang yg terakhir..
    ekin tlalu syg kn dia..
    skang ni dia dh mcm tawar ati ngn ekin wlupun dia ckp dia bg ekin peluang yg terakhir..
    dia pun dh xsmesra dlu ngn ekin..
    ble ekin tny nape cmni dia jwb suh ekin bg dis mse tp ekin tkt akn khilangn dia..
    cmne ekin nk pujuk ati dia blk..
    cmne ekin nk berubah utk jd sorg tunang yg baik n nk jd sorg isteri yg solehah..
    1st skli ekin nk kene tmbat ati dia blk tp ekin xtau cmne..
    jmp ekin pun dia mcm xde mood n sbulan sekali jer tp ekin bsyukur sbb dpt gk jmp dia..
    pe ekin perlu wat ble jmp dia n nk pikat ati dia blk..


  17. terima kasih untuk panduan ini… saya dan suami
    akan menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama tidak lama lg…saya berdoa semoga semua
    dugaan yang telah dan akan mendatangi kami akan dapat kami harungi dengan sabar…


  18. askum nk cari asteri macam mana cari


  19. salam semua..tip yg tertera memang bagus..ada pada saya dan suami cuma x semua lagi.. saya akan cuba baiki! Tapi baru-baru ni saya makan hati dengan sikap suami. Perasaan cemburu saya jadi sengketa. Puas suami menyakinkan, saya masih x percaya. Saya terlalu sayang suami saya. Macamana saya nak buangkan perasaan cemburu yang terlampau ini…?


    • Assalamualaikum…sayang sangat-sangat yer?jadi hargailah dia.jangan sampai dia putus asa memujuk.cemburu lumrah kan?tapi janganlah lebih-lebih sangat.jangan biarkan iblis dan syaitan ambil kesempatan mengapi-apikan amarah yang dah sedia panas…Tenang,suami bukan hak milikmu sepenuhnya.dia milik PENCIPTAmu.hatinya dan hatimu tidak lepas dari pandanganNYA.jangan biarkan cemburumu pada suami menguasai diri sehingga hilang pertimbangan yang waras.macam mana nak hilangkan cemburu tu?Fikirkanlah macam mana cemburunya DIA saat mana kau lebih mencintai suamimu lebih daripada DIA.Jika benar cintaNYA adalah yang teratas, sepatutnya cemburumu pada suami adalah kerana DIA.kerana dia menderhakai DIA YANG MAHA ESA.perkahwinan adalah ikatan yang mulia, peliharalah ia kerana ALLAH.cintailah pasanganmu kerana ALLAH.kalau nak cemburu pun,cemburulah kerana ALLAH.kalau bukan kerana, sia-sia jer cemburu tu,buat sakit hati jer dan yang paling ditakuti, murka ALLAH yang kita dapat.wassalam.


  20. salam.sya akan berkahwin pada tahun depan,tapi sya masih ragu-ragu dan takut nak harungi hidup berumah tangga.boleh tak bagi sya tips2 yang terbaik untuk sya buat persediaan.terima kasih…


  21. Mona, ujian tetap ada dalam rumahtangga, Kalau Mona yakin dia lelaki terbaik untuk Mona, insyaAllah kebahagiaan tetap ada di hadapan. Alhamdulillah, kak han sangat bahagia dengan suami walaupun ada juga yang tak sefikiran tapi kami dah buat macam-macam untuk kebahagiaan keluarga. Dia sangat cintakan kak han tapi terpaksa juga berkahwin lagi kerana wanita itu nak menumpang kasih dan dia dah terlanjur berjanji untuk bantu ibu tunggal tu. kak han dah ambilkan borang poligami untuk suami. Dulu memang mengamuk juga tapi ujian itu telah menguatkan cinta kami. Kak han sangat cintakan dia dan begitu juga dengan suami. Dia selalu memeluk dan mencium kak han. Bukanlah kak han kuat sangat untuk menghadapi ujian tersebut tapi kak han terpaksa juga melaluinya dengan banyakkan solat hajat, doa dan sabar.


  22. assalamualaikum..
    sya dan suami baru sahaja menikah.
    tapi kami masih tidak tinggal sebumbung krna masing2 masih lg belajar.
    suami belajar di luar negara.
    bgmana nak wujudkn rasa kbahagiaan wlupun km berjauhan?


    • ct
      bukan soal kalau, tp mmg allah x bg talak kt pmpn sbb byk sebab.
      allah cipta pmpn maka sudah ttu allah tahu prsn, emosi pmpn.
      bak ustaz ckp, kalau talak kt is3…tiap2 ari suami kena cerai.
      ni x beerti sume laki x guna.renungkan balik, ada org lain paksa ke si is3 bkahwin dgn suaminya?


  23. sy dah usha jd istri yg baik tp bila dah baik dan faham dan slalu tlg suami…dia ambik kesempatan pulak semua nak isteri buat urusan rumah,anak,bilik tidur dan boleh kata 70% la kena buat.Dia rasa bg tempat tinggal, bg makan/minum dan perbelanjaan harian dah cukup.Yg lain sy kena buat, p bayar bil pun sy jugak, keperluan anak pun sy. Sy sabar tp kadang2 letih dan bosan bila semua kena buat sendiri.Yg sy pegang kuat Allah bersama sy dan inilah ujianNya mungkin balasan utk dosa2 yg pernah sy buat kot.Tu lah isteri makan hati dan serba salah nak buat baik sgt takut diambil kesempatan pulak…sy contohnya.Ada ka cadangan macam mana sy nak buat…rasa tension la juga!


    • saya br setahun lbh kawin. dah ada anak sorg 5bln. sepanjang perkahwinn ni saya belum lg dpt nafkah zahir dr suami.saya tinggal pun tompang rumah mak, semua perbelanjaan saya yang kena fikir. suami lak tak ada keje tetap. klu ade kejepun untuk diri diapun tak cukup. kadag2 kesian kat dia. kadg2 rasa mcm dia mengambil kesempatan bila kita boleh berdiri dikaki sendiri. malah hutang dia makin byk dgn kita.

      tolong la sesiapa yg boleh beri nasihat.


      • susah sy nk ckp.
        pendek cter sblm kawin, kaji dulu bakal suami dr sume aspek, jgn igt boleh hidup tpa cinta
        dr hukum pun , sbaiknya awk mgadu pej agama.nk ckp apa lg
        ketahui hak kamu


  24. saya dah kwin kat 2 thun lebih,blum ada anak tu yang saya sdih.spjg perkahwinan saya suami tak pnah bg nafkah untuk saya.saya hnya bergantung dgn pendapatan saya sdri sebyk 500 sbln.kereta saya kna byar 300 sbln,tapi si suami yang gna kereta.saya g kijo pun jln kaki.


  25. suami saya pnah mghina saya kata saya mandul tapi saya x pnah melawan kata2 dia.saya anggap smua nih ujian dr allah s.w.t.hya selalu berdoa supaya suami cpat berubah.byangkanlah gaji saya cma 500 ckup utk hidup.suami gaji 3 ribu sbln x pnah ckp malahan pinjam dgn isteri yg gaji pun x seberapa.saya arap u all doakan saya supaya dapat kerja kerjaan yg dapat menjaminkan masa dpan saya.masa itulah saya dpt ubah nasib saya.suami saya nih dah la bercinta dgn perempuan lain.suka enjoy dgn member yg blm kahwin hingga lupa isteri yg duk kat umah.insyallah say aakan trus berdoa hingga doa saya dimakbulkan oleh allah.aminn


    • sabar je la awk
      doa saja pdNya
      x tau nk kata apa.
      pilihan di tgn kita sdri


  26. assalamualaikum.. syukran..tips ini simple, rutin yg kta lalui tiap hari..bole jd panduan dlm penambahbaikan dlm rmhtgga..


  27. usia perkahwinan sy baru nk masuk tahun ke 2 dan telah memiliki seorang anak yg sangat comel….suami bertanggungjawab,caring,loving dan memberi nafkah secukupnya…tetapi sy kurang senag dengan sikap suami yg suke berkenalan dgn perempuan…mulut dia manis je….masalah terbaru lg dia sukar melupakan X girlfriend…dh lame terpisah tp wujudnya FB telah menemukan mereka….sejak muncul kembali X dia…mcm2 oergolakan dlm rumahtangga kami……X dia dh pun berkawin dan ada anak 3…tp gatal melayan suamiku…sy tak kisah kalau sekadar kawan…tapi depan sy mereka tak berani call atau msg tp di belakang mcm2 jadi….entah lah…sy tension sgt…


  28. memang susah nak faham perasaan suami….bila kita berkerja dengan harapan nak tolong tp dia selalu marah-marah kat kita…apa salahnya kita…kadang-kadang benda kecik pun dia nak besar2 kan…sudahlah kita berkerja penat dia pulak nak peningkan kepala .


  29. mula-mula bercinta memanglah manis tapi kita tak tau bagai mana sikap suami kita sebenarnya…bila dah berkahwin tinggal sebumbung baru kita tahu suami kita jenis yang macam mana,kadang-kadang pengorbanan kita tak di hargai…kita juga menjaga anak bila malam…siang terpaksa emak yamg jaga ,tapi dia tak fikir itu semua..malahan kutukan lagi ada yamg dia lemparkan…memang susah nak faham lelaki yang bergelar suami…


    • anis,
      sabar je la.kita juga yg pilih dia sbg suami bkn org lain.
      silap kita juga yg pilih dia.jd sabar je la


  30. sungguh beruntung dapat suami yang memahami…masa kita susah dia ada bersama…masa kita sedih dia adalah penawar..jenis suami seperti ini lah yang membuat isteri susah nak keluarkan air mata..memang kita adalah manusia biasa tak lari dari dugaan tapi kalau hari2 sakit ati nak buat macam mana lagi..


  31. saya belum berkahwin, tapi akan berkahwin tak lama lagi….umur saya adalah 29 pada esok hari. apa yg ingin saya katakan, saya menghadapi kesukaran untuk mencari jodoh. pelbagai ikhtiar sudah saya buat, tapi tak ada seorang pun yang betul2 ikhlas untuk mengenali diri saya seadanya. Setelah hampir 4 tahun berusaha, akhirnya, saya dipertemukan jua dengan lelaki yang ikhlas dan bertanggungjawab. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali lelaki ini tetapi saya tak pernah menyangka lelaki ini adalah jodoh saya. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya tidak memandang pada harta benda kerana dia tidak kaya harta, tapi kaya dengan sifat-sifat yang baik. Apa yang saya cuba sampaikan, sikap sabar dan sentiasa bersangka baik pada Allah pasti akan mendatangkan keuntungan kepada kita. Saya sudah mendapat petunjuk dari Allah pada bulan Ramadhan setahun yang lalu. Tapi kerana kelemahan iman, saya tidak dapat yakin seratus peratus bahawa dialah orang itu.Mujurlah Ramadhan yang berikutnya, saya banyak muhasabah diri dan saya cuba mengikhlaskan diri untuk menerima petunjuk Allah. Kami bersua muka sekali lagi di penghujung Ramadhan itu. Kali ini, seperti mimpi, sungguh mudah jalan untuk saya mendirikan masjid bersama dia. Saya tidak tahu kenapa. Hati kecil saya tidak pernah berdetik sesuatu yang buruk. Usai solat istikharah setiap malam, hati saya semakin yakin dan kuat pada jodoh saya. Dan untuk pertama kalinya saya bertemu dengan seorang lelaki yang sentiasa memperbaiki dirinya dan juga sentiasa memberi kata-kata nasihat pada saya. Saya sangat bersyukur pada Allah. Pasti dia tidak sempurna kerana saya juga tidak sempurna. Tapi sifat redha dan ikhlas terhadap ketentuan Allah membuatkan hati saya gembira untuk melalui kehidupan berumahtangga bersama si dia.


  32. assalammualaikum….
    time ksh ats tips yang diberi…
    sy akn cuba ikuti dan mengubh diri….
    semoga kebahagiaan milik saya n famili….
    amin…


  33. Salam…
    saya dan suami pada awalnya saling menyintai..
    cuma dia suka berkawan dengan perempuan melalui laman web gelap yg mengaku bujang..
    Saya sangat sedih tindakan dia walaupun dah beberapa kali minta maaf.. alasannya nafsu dan saya tak pandai itu dan ini…
    Saya mengambil berat ibu bapanya sepanjang dia bekerja tetapi payah sangat dia hendak mengaku telah berkahwin dengan saya.. sedangkan kami dah beranak ramai… mungkin ini ujian Allah untuk saya..
    saya rasa sangat tertekan…


  34. salam…betul kata asfiya..kadang kita terlupa bahawa dalam mengejar cinta suami kita terlupa kepada cinta yang sebenar iaitu cinta Allah. kita terlupa pada hakikat bahawa andai kita dapat capai cinta Allah secara tidak langsung kita akan dapat cinta suami..insyaallah.


  35. Assalamualaikum.. sy bru mendirikan rumah tangga selama hampir 6bulan, sy sgt bahagia bersama suami tercinta, tp masalah nya sy seorang yg suka tidur, selalu bangun lewat, sebelum masuk tahun baru ni penah sy berazam untuk bangun awal, tp still mcm dulu juga. sy memang suri rumah sepenuh masa, hidup berdua ni tidak banyak kerja untuk dibuat, jadi kebanyakn masa sy diisi dengan waktu tidur je.. tolong sy mcm mana nak mengatasi masalah ni… wassalam.


  36. 6 Mei 2011 usia perkahwinanku genap 6 thn.4thn lps masa aku ada seorg anak,rmhtgga ku dilanda gelora tntg suamiku curang & hbgn mereka ke arah maksiat&zina.Suamiku mengaku bl aku b’tanya sbb aku tlh b’tya dgn prmpuan ni dulu.Setelah selesai masalah dgn perempuan t’sebut hbgn kami suami istri baik semula.Tp aku mula hilang kepercayaan pd suami.Kalau sblm ni aku percayakannya lbh 100% tp apa yg b’laku m’buatkan aku da Xpercaya pd suami.Sjk kejadian 2008, kami ok wlupun dihatiku tetap ada rasa sangsi.P’selisihan fhm yg timbul hanyalah kecil.Hinggalah Jan2011 t’bongkar sikap curang suamiku yg selama ni aku X tahu.Memg 2,3bln sblm perkara ni meletup aku da mula rasa X sedap hati.Mimpi mcm2.Tp aku bkn jenis tuduh suamiku melulu wlupun aku dihantar sms by fon & message by Facebook dpd org2 yg aku X kenali supaya hati2 dgn p’buatan suami.Aku diberi pelbagai amaran & p’ingtan dpd org2 yg aku X kenal.Aku masih buat X tahu sehingga hujung Dis2010 sgala bukti aku lihat dgn mata kpala sndiri.Sepandai2 tupai melompat…aku t’baca sms2 antara suamiku&perempuan lain dlm fon dia.Allah Maha Berkuasa beri aku petunjuk 1 persatu.Aku dpt buka fon suamiku wlupun ada password.Jelas sms tntg hbgn cinta & aku dpt beberapa gambar suami & perempuna b’pelukan erat hingga dada cecah dada & pipi sentuh pipi.Hbgn suamiku dgn prmpuan bkn sekadar b’cinta,tp hingga b’zina.Segalanya meletup.Alhmdllh keluarga mertuaku menyebelahiku.Aku telah beritahu bapa mertuaku.Hbgn suamiku&bapanya jg hadapi masalah krn bapanya ckp Xkan percaya pd lidahnya.Hbgn ku & suami msh b’masalah.Hari2 kluar prgi keje pg,blk rumah hingga lewat pkl 3-4pg.Kadang2 hingga 6 pagi.Setipa hari.Anakku kini 2 orang.Kedua2nya da X nak sgt pd abahnya & suamiku menyalahkan ku mengajar ank membenci bapa sndiri.Cb korg fikir.Mcmna la ank2 mula kurg dgn bapa sndri kalau selama ni anak2 m’besar di tgn ku sndiri.Suamiku hya beri duit & kemewahan & segala urusan rumah,ank2 bli brg2,bawa ank ke hospital bl sakit,aku jgk seorg diri tnpa suami & kadang2 minta p’tolongan mak ayahku.Aku bekerja kerajaan,siang hntar anak pd mak,blk ptg aku ambil.Aku & ank2 Xdpt p’hatian dr suami & bapa.Tggungjwb suamiku hya bg duit shj bl aku p’tikaikan mn tggjwbnya.Ke sana sini aku b’tiga dgn ank2 shj.Hidupku makin sengsara bl timbul lagi hal suamiku ada prmpuan lain.Pada April2011,suamiku t’lupa Logout F/Book.Allah Maha B’kuasa…aku dpt baca inbox suamiku dgn mcm2 prmpuan sejak 2009,2010,2011.Ada isteri org.Hubungan suamiku dgn smua prmpuan hgga perkara maksiat&zina.Gelap dunia aku rasakan masa baca inbox dia.Antaranya prmpuan tu blh ckp ‘lps ni biar henjut lama2 ckit.Xnak la 2-3kali henjut je….Tp sblm tu nk tya selain i & ur wife,lubang siapa lg u da msuk???’ Maknanya dia & prmpuan ni prnah b’zina.Dan byk lg prmpuan2 lain.Slps kes 2008 rupa2nya tanpa pengetahuanku suamiku terus Xhenti ada hbgn dgn prmpuan lain.Aku ditipu&dibohongi.Dan hr ini 3Mei2011,masalah dlm hbgn kami still X selesai.Aku nekad untuk minta cerai.Tp dia X nk ceraikan ku.Dan aku X fhm kalau dia bencikan aku cara mudah utk selesaika. lps kan shj aku.Biar aku hidup b’tiga dgn putera puteriku.APA HARUS KU BUAT?HARI2 AKU SOLAT & BERDOA MINTA BAGI JALAN BUATKU SERTA BAGI PETUNJUK PADA SUAMIKU AGAR DIA SEDAR,INSAF&BERTAUBAT.AKU SELALU CKP PD SUAMIKU DOA SEORANG ISTRI YG DIZALIMI MUDAH DIMAKBULKAN ALLAH.CUMA BILA…KITA X PASTI.APA YG PATUT KU BUAT?AKU ISTERI YG DIZALIMI,DISEKSA MENTAL&EMOSI SERTA P’BUATAN ZINA SUAMIKU JG BOLEH MNDATANGKAN PENYAKIT PADA DIRIKU….


  37. thank semoga qt sll mnjlnkan apa yang diperintah ALLAH sesuai dg ketentuan dan ajaran nya. subahanallah… semoga suatu saat saya dpt mnjdi istri yang sholehah. amienn…


  38. Mohon jelaskan…sampai satu tahap, saya dah rasa kurang paham dengan situasi berumahtangga….sering kali didengari isteri kena buat macam2 utk jaga hati suami…tetapi bagaimana pula disebaliknya….dalam erti kata lain..adakah suami dibenarkan buat sesuka hati sehingga isteri hanya memendam perasaan sakit hati yang teramat sangat.. Kita disuruh memahami suami tetapi suami yang tidak menghargai seorang isteri dan juga tidak peka dengan perasaaan isteri bagaimana pula…dalam hal ini? Saya kurang paham..Bagitu juga kehidupan rumah tangga di mana suami bekerja dan tidur bersama setiap hari tetapi tida berkesempatan untuk bersama dengan isteri sampai melebihi 4 bulan atas alasan kepenatan bekerja. Dinasihati oleh suami agar isteri lebih memahami suami yang penat bekerja…. Suami ada hak segalanya tanpa mengira hati dan perasaan seorang isteri… Sampai satu tahap saya sangat kurang paham..Mohon penjelasan…


  39. http://isterisayang.com/


  40. saya baru 7 bulan kahwin. saya bosan menjadi isteri.saya tak suka balik kampung suami saya. saya tak suka keluarga dia. saya harap saya diceraikan secepat mungkin, tapi saya tahu itu dosa besar. saya keliru dengan kehidupan saya. menyesal kahwin, kepada yang baru nak kahwin, fikirlah semasak2nya sampai hangus pun tak pa. alam perkahwinan ni tak best langsung.


  41. alangkah indah nya mempunyai isteri solehah


  42. Thanks for finally talking about >Isteri solehah Impian <Loved it!


  43. Masalahnye lagi banyak kita cakap, lagi dioarg tak faham dan lagi teruk kita dipersalahkan…hadoi!!!



Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: