h1

Khasiat surah surah Al’Quran

Oktober 31, 2006

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.

SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ
Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.

SURAH AL-IKHLAS
Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya. Dan sesiapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

10 comments

  1. Assalamualaikum,

    baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang ustaz, saya sakit tapak kaki setiap malam bagaikan sedang dococok-cocok. apabila ustaz itu membaca surah yassin dan surah kafirun dan banyak lagi surah dan ditempelkan kapur diatas tumit saya dan di kikis kembali setelah itu terjumpa paku didalam kapur tersebut adakah itu hasil kerja dari syaitan,. bolehkah dipercayainya. apakah ayat yang mujarab untuk menghilangkan sebarang perbuatan syirik keatas diri kita?.


    • Biasanya kalau itu kerja syaitan, brg yg dijumpai ialah kaca2 halus, miang buluh, serbuk2 hitam (saya xtau la apa tu). ayatul kursi dan ayat 4 qul mmg bagus dijadikan amalan harian sebagai pendinding diri, disamping solat 5 waktu. sy sendiri mengamalkannya, nampak berhasil.


  2. Assalamualaikum.

    Saya ini tahu jika kita berada dlm keadaan tidak tenteram dan sering marah-marah tanpa sebab juga sering menganggap keadaan sekeliling kita tidak menyenangkan hati dan perasaan kita,ada tak surah yang boleh kita amalkan bagi membolehkan kita menghindari perkara diatas dan adakah ini menunjukkan jiwa kita sakit?


  3. apakah surah atau doa untuk melembutkan hati suami?


  4. alangkah lebih baik apabila disertai dengan hadisthadist shohih tentang fadhilah2 dari surat alquran tersebut..
    terima kasih


  5. sy sering bergaduh dengan pasangan saya..tolong lah bg sy surah yang boleh sy bc kan slalu supaya kami tidak akan bergaduh lagi dan supaya hati dia lembut dengan saya


  6. saya sekarang udah tidak tinggal sebumbung dgn suami kerana sering bergaduh suami tidak benarkan saya bekerja bebas dan sering menuduh saya menyundal yang tidak dpt saya terima dan terlalu lama suami pernah meludah dan kami bertahan berdosakah saya jika melarang suami dari minum arak, bersosial dan mengambil brg yg menghayalkan sehingga saya terpaksa menjual dan menyerahkan segala harta benda saya ke pihak bank kerana semunya dibawah nama saya setelah semuanya tiada barulah dia sedar dan mula sembahyang tetapi sehingga kinni suami menyalahkan saya yang menghancurkan semunya apa yg perlu saya buat suami sudah tak balik dan membawa kain baju dengan tidak meninggalkan wang belanja utk anak kami 3org. dosakah saya aapakah yg perlu saya lakukan bukankah kesilapan dahulu patut diperbaiki dan ditingkatkan denagn menghingati pengalaman hidup yang silap selama ini. salahkah saya mencari peluang kerana untuk menyara 3org anak dengan hasil warong yg tidak ramai pelanggannya.saya benar benar keliru dan adakah saya berdosa.


  7. terima kasih atas penyimpanan blog yang panitia siapkan untuk umum.


  8. salam..ini salah satu ilmu yang berguna untuk kita semua.. mudah2han kita dapatkan nya dengan sebaik mungkin.. aminn…


  9. Nice blog here! Also your site loads up fast! What host are
    you using? Can I get your affiliate link to your host?
    I wish my website loaded up as quickly as yours lol



Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: